Menu

Khamis, 14 April 2011

Donut oh Donut!

Mama Afif telah meluangkan masa di PERMATA untuk bersama-sama dengan anak-anak 4 tahun melakukan aktiviti pada kali ini iaitu......." Cara-cara membuat donut"!!!!... Alhamdullilla, murah rezeki anak-anak pada hari ini, berpeluang untuk belajar cara membuat donut daripada Mama Afif.

Aktiviti dimulakan pada pukul 9.30 pagi yang mana Mama Afif menerangkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat donut. Kemudian Mama Afif menunjukkan cara menguli tepung untuk dijadikan doh. Anak-anak berumur 4 tahun sangat seronok dan teruja semasa menguli tepung untuk dijadikan doh. Urm... bersepah jangan cakap ler... berterabur tepung sana sini, tapi takpelah... yang penting anak-anak 'enjoy the moment'. 






Selesai menguli tepung menjadi doh, doh direhatkan untuk beberapa minit. Kemudian, Mama Afif pun menyiapkan pula dulang untuk diletakkan donut nanti. Anak-anak pun ditunjukkan cara membuat donut. Amboi! Bukan main lagi anak-anak bermain dengan doh tadi. Dibuat bulat-bulat, ditekan perlahan untuk dijadikan lubang ditengah-tengah.

Selesai membuat donut, kini masa yang ditunggu-tunggu pun tiba!... Masa untuk menggoreng donut hasil kerja tangan anak-anak tadi. Tak sabar rasanya menantikan donut tadi untuk dimakan. Mama Afif menunjukkan peralatan yang diperlukan untuk menggoreng kepada anak-anak tetapi tidak membenarkan mereka menggoreng. Hanya Mama Afif sahaja akan menggoreng, dan anak-anak akan menunggu dan melihat dari jauh sahaja. Wah!... Dah siap digoreng!!!!!!!!!!!!!!! Sekarang perlu dsaluti gula... Nah! sudah tersedia untuk dimakan..........
WAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SEDAPNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 Goreng... Jangan tak Goreng!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan