Menu

Selasa, 11 Mac 2014

Majlis Suai Kenal & Aktiviti Gotong-Royong



Pada 8 Februari 2014 (Sabtu), satu aktiviti telah diadakan di PAPN Bukit Peringgit. Aktiviti tersebut adalah aktiviti suai kenal diantara ibu bapa dan juga pendidik PAPN Bukit Peringgit. Selain itu, aktiviti gotong royong juga telah diadakan bagi membersihkan kawasan sekitar tempat pembelajaran anak-anak serta mencantikkan lagi kawasan tersebut. Ibu bapa juga diminta menyerahkan Bunga Orkid bagi menambahkan keceriaan kawasan taman PAPN Bukit Peringgit. Bagi melancarkan perjalanan gotong-royong tersebut, agihan tugas telah diberikan kepada setiap ibu bapa. Diantaranya adalah :

1.      Cat gazebo & laluannya                  : Keluarga Idham & Ashraff
2.      Cat laluan tengah taman utama                : Keluarga Alif Ziyad & Batrisha
3.      Menambahkan kelikir batu                     : Keluarga Dania & Rabiatul Aziemah
4.      Terowong                                              : Keluarga Afif & Lukman
5.      Tempat tanaman / tumbuhan                   : Keluarga Rania & Irdina
6.      Mobile hiasan pondok / cat pondok       : Keluarga Aliff Rayyan & Farish Ahsraf
7.      Cuci semua longkang                             : Keluarga Husna & Adriana
8.      Mobile kolam                                        : Keluarga Qaseh & Hud
9.      Hiasan meja & baiki perabot          : Keluarga Ziqri & Aina/Ainul
1.    Water Jet                                               : Keluarga Rania & Irdina

Selain itu, ibu bapa diminta membawa makanan/hidangan masing-masing kerana makanan disediakan secara ‘pot luck’. Ia akan dikongsi bersama dengan setiap keluarga. Pelbagai juadah dapat dilihat dan dinikmati bersama. Antaranya  roti canai, nasi lemak, makaroni, mee goreng, buahan-buahan dan pelbagai lagi.

Hasil daripada gotong royong tersebut amat dibanggakan kerana wajah PAPN Bukit Peringgit bertukar kepada lebih ceria, cantik dan segar. Terima kasih kepada semua yang terlibat.