Menu

Jumaat, 4 Mac 2011

Sukaneka Keluarga di Pantai Puteri

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Bersesuaian dengan tema Keluarga Saya untuk Bulan Februari yang lalu, Persatuan Ibubapa dan Pendidik PAPN Bukit Peringgit telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan aktiviti sukaneka di Pantai Puteri pada 27/02/2011 bersamaan dengan hari Ahad. Aktiviti yang telah dirancang dengan baik hasil kerjasama semua ibubapa dan warga kerja PAPN Bukit Peringgit bermula seawal pukul 8.30 pagi di mana kami semua berkumpul dan mencari kawasan yang sesuai untuk menjalankan sukaneka dan yang paling penting selamat untuk anak-anak semua.

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran ibubapa diiringi dengan pemberian sarapan pagi kepada anak-anak PERMATA. Maklumlah, budak-budak pagi-pagi merengek lapar. Selepas itu, ayah-ayah sibuk menyiapkan tempat, mendirikan khemah dan meja untuk meletakkan makanan yang dibawa sendiri oleh setiap keluarga dan gelanggang sebanyak 6 lorong untuk digunakan semasa pertandingan yang akan dijalankan.Selesai membuat semua persediaan yang berkaitan, aktiviti pertama yang dijalankan ialah senaman ringan keluarga yang diketuai oleh ayah Ikhwan, En.Sairun Aripin diiringi dengan lagu 'Chicken Dance' dan 'Poco-Poco'. 



 Kini, bermulalah acara yang dinanti-nantikan............ SUKANEKA KELUARGA  PAPN BUKIT PERINGGIT 2011!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Acara Pertama   : Anak 4 Tahun   - Bawa bola ping pong menggunakan sudu di dalam mulut
Acara Kedua      : Anak 3 Tahun   - Masukkan air dalam botol menggunakan span
Acara Ketiga     : Anak 2 Tahun    - Kutip Ikan Plastik Terbanyak
Acara Keempat : Anak 4 Tahun    - Tiup Tepung & Kumpul Gula-gula Terbanyak
Acara Kelima   : Anak 3 Tahun    - Kutip Bola Plastik Terbanyak (dimasukkan ke dalam  gelung)
Acara Keenam : Anak 2 Tahun    - Kutip Gula-gula Terbanyak dengan Aksi yang paling Kreatif
Acara Terbuka kepada Semua ; Kutip Gula-gula di dalam Pasir

Irfan serba putih!

Isi air dalam botol!

Ummie ke Ibu yang isi air nie?....

Ready... Amin....

Apalah yang dibincangkan Amin ngan ayah tue.

Kutip sampai habis tau!

Ready...Iman!!!!!!
Muaz!!!!!!! Cepat..........

Pengerusi pun tiup!

Go! Go! Go!!!!!!.....Tiyyah n Abah!

Dah macam acara ayah jer....patutnya anak yang tiup...

 Siapa yang tiup tepung nie?Biha ke ayah???...

Anak-anak 3 tahun mengutip bola

Persiapan permainan kutip bola plastik

Selesai acara anak-anak, kini tibalah masanya giliran untuk para ibu dan bapa pula....
Pertandingan Menimbus Pasangan di dalam Pasir.....
dan pemenangnya Mama Iman Si Dewi Penyu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Seterusnya acara, ayah ibu & anak....Acara Makan Aiskrim paling Comot!!!!
Ayah ditutup matanya, manakala si ibu memberikan arahan kepada anak untuk menyuapkan aiskrim kepada ayah dengan cara paling comot.
Pemenangnya.....Family Qistina!!!!!!!!!!!!!!!!!
memang comot, sampai kembang tekak Teacher Ina, mujur tak muntah jer...

Akhir sekali, acara bersama cikgu-cikgu PERMATA.....
Rupa-rupanya ibubapa dah sepakat mengenakan cikgu-cikgu....
Cikgu-cikgu semua kene duduk, kononnya anak-anak PERMATA nak bagi makan aiskrim....
rupa-rupanya, salah seorang ibu pegang tangan cikgu ke belakang,dan ibubapa lain menyapu a.k.a mencomotkan muka cikgu dengan aiskrim...
Pemenangnya.....Teacher Miza!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selesai semua acara, penyampaian hadiah diadakan untuk meraikan para pemenang. Aktiviti pada hari tersebut diakhiri dengan jamuan makan bersama-sama dan gotong-royong membersihkan kawasan pantai yang telah kami gunakan sebelum semuanya bersurai.

Best giler!!!!!!!!!!!!!!!!!!

(harap maaf, gambar-gambar lain tidak dapat disiarkan akibat kerosakan teknikal a.k.a kamera kehabisan bateri...)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan