Menu

Khamis, 7 April 2011

Bumi Hijau.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua kerana sudah lama tidak mengemas kini blog PAPN Bukit Peringgit. Oleh yang demikian, di kesempatan ini saya akan sedaya upaya memberikan kisah-kisah yang menarik sepanjang Bulan Mac yang berlaku di PAPN Bkt Peringgit ini. Jom!!!!

Bersempena dengan tema 'Taska Saya" untuk bulan Mac yang lepas, Persatuan Ibubapa dan Pendidik di sini sebulat suara bersetuju untuk mengadakan aktiviti menghias taska dengan menghias pasu dan menanam pokok bunga bagi mencantikkan lagi kawasan taska kami sejajar dengan kempen "Bumi Hijau" yang diwar-warkan oleh kerajaan Negeri Melaka.

Seawal pukul 9.00 pagi pada 26hb Mac 2011 bersamaan dengan hari Sabtu, ibubapa berkumpul bersama dengan pokok dan keperluan yang digunakan untuk menghias pasu masing-masing. Semuanya kelihatan sangat bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk mencurahkan idea di atas pasu masing-masing. Pokok-pokok bunga yang dibawa juga cantik-cantik belaka.

Keluarga Afiq Muaz bekerjasama menyiapkan pasu mereka
Setelah bertungkus-lumus selama kurang lebih 3 jam menyiapkan pasu-pasu ini, inilah sebahagian hasil seni para ibubapa PAPN Bukit Peringgit menghias dan menanam pokok bunga bagi memastikan PAPN Bukit Peringgit ini kelihatan cantik dan ceria untuk anak-anak mereka. Kini menjadi tanggungjawab anak-anak PERMATA untuk menyiram semua pokok-pokok ini untuk memastikan pokok-pokok bunga ini terus hidup dan mekar di persekitaran PAPN.
 Inilah sebahagian hasil-hasil seni dan pokok-pokok bunga yang telah dihias dan ditanam oleh para ibubapa PAPN Bukit Peringgit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan