Menu

Khamis, 12 Disember 2013

APR 2013: Sukaneka PAPN Bukit Peringgit

13hb APRIL 2013, Sukaneka

Yeah, sekali lagi PAPN Bukit Peringgit memeriahkan suasana dengan program sukaneka untuk anak-anak.

Sukaneka PAPN 2013 kali ini diadakan menggunakan padang milik Jabatan Pembangunan Wanita Melaka, Bukit Peringgit. PAPN Bukit Peringgit dan Persatuan Ibubapa dan Pendidik mengucapkan ribuan terima kasih kerana membenarkan anak-anak Permata bersukaneka di padang tersebut.

Seawal jam 830pagi, teacher dan beberapa famili telah datang awal bagi membantu menyiapkan dan menyusun atur sempena sukaneka. Syabar kepada teacher dan famili yang datang awal, khidmat anda memang yang terbaek..!!

Berikut admin kongsikan beberapa gambar yang diambil pada 12hb Apr 2013, sehari sebelum acara sukaneka PAPN Bukit Peringgit diadakan.


Padang JPWM yang kami gunakan

Teacher Amy bersama orang-orang kuat PAPN berbincang

Papa Adriana dan Rania mengaudit padang dari aspek keselamatan dan keselesaan anak-anak PAPN

Sesi ujian padang sedang dijalankan, admin mcm kenal aje budak-budak ni...

Canopy sumbangan ikhlas yg digunakan sempena Sukaneka PAPN

Jom kita tengok pula apa yang berlaku pada hari kejadian ketika berlansungnya Sukaneka PAPN 2013



Sekarang kita tengok pula aksi anak-anak & ibubapa sepanjang berlansungnya SUKANEKA BKT PERINGGIT 










Seronok tak?
dah habis ke? belum lagi.
Ada satu lagi acara sebelum penutup majlis.
Iaitu acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Dah penat lelah masuk bertanding, pemenang tentulah dapat ganjaran. Fokus utama adalah kepada anak-anak dan untuk anak-anak PAPN Bukit Peringgit.
Admin share sikit gambar sempena penyampaian hadiah tersebut.


















Rasanya cukuplah sampai disini, anak-anak Permata pun sudah keletihan seawal pagi sudah bangun untuk hadir bersama famili didalam acara sukaneka. Berpanas dan berpeluh, tibalah masa untuk pulang. 
Para hadirin dan ibubapa yang sudi hadir, admin ucapkan syabas dan terima kasih kerana sanggup datang dan meneman anak masing-masing dan very supporting
Kepada pemenang, tahniah dan kepada yang tidak anda sudah pun menang dengan mengambil hati anak-anak dan meluangkan masa bersama anak-anak serta memberikan semangat dan motivasi kepada anak-anak anda secara tidak langsung. 

Meriah juga sukaneka kali ini walaupun acara hanya bersebelah dengan premis PAPN Bukit Peringgit tetapi admin sendiri berasa seperti berada di tempat lain kerana geli hati melihat aksi dan ragam anak-anak Permata sepanjang sukaneka.  Walaupun terpaksa berpanas pada tengah hari tersebut tetapi anak-anak masih tetap sabar bersama ibubapa sepanjang sukaneka. Syabas!.

Admin harap, segala gelak tawa riang dan aksi anak-anak sepanjang sukaneka PAPN 2013 ini akan terus kekal menjadi ingatan dan senario indah kepada para ibubapa apabila anak-anak besar kelak.
Insha Allah.

Amin.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan