Menu

Khamis, 12 Disember 2013

MAC 2013: Bengkel Keibubapaan PAPN Bukit Peringgit

As salam, bertemu kita semula di dalam blog PAPN Bukit Peringgit. Kali ini admin akan mula blogging akan segala aktiviti sepanjang bulan March sehingga Jun 2013 setelah sekian lama blog ini tidak update oleh admin kerana kekangan masa dan kesibukkan dalam meneruskan kehidupan.

Admin mulakan blogging tentang program yang dijalankan pada bulan 3hb March 2013 iaitu


"Bengkel Keibubapaan". Program diadakan di premis PAPN Bukit Peringgit dengan kehadiran dan bimbingan daripada pakar motivasi iaitu Pn. Jameyah Sheriff.

Sambutan dan sokongan yang menggalakkan oleh ibubapa anak-anak PAPN Bukit Peringgit yang hadir didalam bengkel tersebut.
Admin kongsikan bersama beberapa gambar-gambar ibubapa yang hadir dan sekitar bengkel tersebut berlangsung.

Puan Jameyah Sheriff











Bengkel Keibubapaan ini diadakan bagi memberi taklimat dan motivasi kepada ibubapa yang hadir mengenai kepentingan peranan ibubapa dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak seawal usia mereka dan memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang menyokong perkembangan dan personaliti mereka.
Didalam bengkel tersebut ditekankan beberapa perkara seperti berikut:

-  Peranan dan Tanggungjawab Ibubapa
-  Penglibatan Ibubapa dalam Perkembangan anak-anak
-  Gaya dan Ciri-ciri keibubapaan
-  Apa itu perkembangan pembelajaran kanak-kanak
-  Peranan Ibubapa

Oleh itu, admin secara peribadi berasa terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan didalam diri admin didalam mendidik anak-anak. Menerusi info dan ilmu yang diterima sepanjang menghadirkan diri ke bengkel tersebut dapatlah admin aplikasi sedikit sebanyak apa yang telah dikongsikan oleh Pn Jameyah.

Admin juga berharap semua ibubapa yang lain dapat memanfaatkan segala ilmu dan info diterima kepada anak-anak dirumah. Bersama kita mendidik anak dan generasi ke arah yang lebih baik agar dapat diwarisi ke generasi atau legasi seterusnya.

Amin.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan