Menu

Isnin, 26 Julai 2010

Selamat tinggal Makcik Zarah…..

“Ibu bergenang air mataku

Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kami balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Tabahnya melayani kenakalan anakmu (anak-anak PERMATA)
Mengajar kami erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala kami kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai

Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu”

Terima kasih Makcik Zarah di atas segala kebaikan yang diberikan kepada kami, warga PAPN Bukit Peringgit. Ampun dan maaf di atas kenakalan anak-anak PERMATA yang selalu menggamit perasaan tuamu…tiada lagi panggilan “NENEK” yang didengari kini di sini. Selamat Maju Jaya dan dilimpahi dengan kesihatan yang baik dalam menempuh kehidupanmu yang mendatang….

Selamat Tinggal Makcik Zarah…


Makcik Zarah...


Bergambar buat kali terakhir bersama-sama dengan Pendidik & ibu-ibu PERMATA




Ibu-ibu PERMATA meraikan Makcik Zarah sebagai tanda penghargaan di atas segala jasanya selama berkhidmat di PERMATA, Bukit Peringgit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan