Menu

Ahad, 4 Mac 2012

Educational Visit: Giant Hypermarket, Bachang

Ha... kali ini anak-anak akan diberi pendedahan untuk belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan pemahaman tentang segala macam barang yang ada di Giant Hypermarket, Bachang. Di samping itu juga mereka akan diberikan duit poket untuk berbelanja, dalam kata lain merasai pengalaman membeli barangan kesukaan mereka. Secara tidak langsung mereka akan belajar tentang nilai duit yang dibawa menukupi atau tidak dengan nilai barangan yang bakal mereka beli kelak.

Dengan bantuan Pengerusi Persatuan Ibubapa  dan Pendidik PAPN Bkt Peringgit, Encik Shahid papa Qistina bersama dengan Nenek Harris,  Mummy Adlana dan Mummy Dubeis , kami membawa anak-anak ini ke Giant untuk memulakan misi kami. Anak-anak sangat teruja dengan aktiviti kali ini. Jom kita pergi "shopping"!!!!.... Macam-macam yang telah dipelajari oleh mereka kerana setiap bahagian di Giant Hypermarket tersebut telah mereka terokai. Semuanya menarik minat mereka untuk bertanya pelbagai soalan untuk mendapatkan jawapan.

Mari kita saksikan gelagat anak-anak di sana:


Mummy Dubeis... nak pergi mana tue???... hehehe .... Ummie, pegang apa tue????..... 

Amin, pakai baju apa tue?...


 Tengok tue... Selipar dengan periuk pun nak beli??... Cukup ke duitnya???...

Tomato!!!
Nak bayar ke???...

Amboi..banyaknya duit!!!




Dah siap shopping??...  Jom kita bayar...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan