Bertemakan "Alam Sekeliling dan Komuniti" untuk bulan Oktober yang lalu, Persatuan Ibubapa & Pendidik, PAPN Bukit Peringgit sebulat suara bersetuju untuk mengadakan lawatan ke Rumah Sri Kenangan, Cheng, Melaka. Rumah Sri Kenangan ini merupakan salah sebuah rumah yang menempatkan warga tua di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada Anak PERMATA PAPN Bukit Peringgit tentang warga tua yang tidak mempunyai tempat tinggal dan sekaligus memupuk rasa kasih sayang dan hormat anak-anak ini kepada warga tua. untuk warga tua pula, harapannya kunjungan kami kali ini dapat mengubat rindu mereka terhadap kaum keluarga sendiri. Melihat anak-anak kecil PERMATA, seolah-olah melihat cucu sendiri.
Menyaksikan kehidupan sekumpulan warga tua yang menetap di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka benar-benar membuka minda tentang bagaimana pentingnya ibu-bapa dalam kehidupan kita. Benar kata pepatah, ibu mampu untuk menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum mampu untuk menjaga seorang ibu.
Besar harapan kami, para pendidik PAPN Bukit Peringgit, Melaka agar anak-anak kami ini kelak tidak akan menjadi salah seorang individu yang akan menghantar ibubapa mereka ke sini. Moga anak-anak kami akan mencurah bakti dan kasih sayang mereka terhadap ibubapa masing-masing sehinggalah ibubapa mereka menutup mata.
Sebelum kami mengakhiri lawatan pada hari tersebut, anak-anak PERMATA telah membuat persembahan iaitu menyanyikan 3 buah lagu ditujukan khas untuk 'datuk dan nenek' mereka. Lagu yang dinyanyikan adalah lagu PERMATA, UMMIKU SAYANG dan SEBUAH RUMAH DI DALAM HUTAN.
KASIH IBUBAPA
Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira
Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi
Wahai rang muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa
Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa
singgah sini ..insyaallah nk pegi sini bulan dpan :) thanks sharing !
BalasPadamAlhamdulillah. Insya'Allah anda serta peserta lawatan mendapat rahmat dan kasih Allah swt. Amin. :))
BalasPadam