Aik! Haikal takkan dah merajuk???.. Macammana Mummy nak ajar nie?.... |
Ha..... Kali nie, Mama Haikal pula yang datang ke sekolah untuk ajak anak-anak PERMATA untuk buat "Salad Buah". Anak-anak PERMATA teruja dengan aktiviti kali ini. Semuanya bagaikan tak sabar untuk belajar dan mencuba sendiri membuat "Salad Buah"....
Bahan-bahan yang dibawa oleh Mama Haikal adalah seperti berikut:
Salad , Timun , Lobak , Epal Hijau , Epal Merah , Tomato Kecil , Anggur , Mayonis... Yummy!!!! |
Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan bahan-bahan yang bakal digunakan kepada anak-anak. Alhamdulillah... Anak-anak kenal dengan semua bahan-bahan cuma ada sedikit keliru dengan tomoto kecil. Mungkin kebiasaannya mereka lebih terdedah dengan tomoto besar. Tapi takpe, Teacher berjaya memberikan penerangan kepada mereka.
Kini masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Anak-anak diminta untuk duduk di meja makan dan memilih tempat duduk kesukaan masing-masing. Mummy Haikal mula mengagihkan bahan-bahan tadi kepada mereka. Teacher pula membantu dengan mengagihkan pinggan dan pisau plastik untuk mereka memotong semua sayur tadi.
Bersungguh-sungguh mereka memotong sayur masing-masing.
Nah!!!! Akhirnya siap sudah "Salad Buah" mereka. Apa tunggu lagi? Jom kita makan...Yummy!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan