Menu

Isnin, 27 Februari 2012

Mama Darwisy Datang....

Yahoo!!!!! ....Mama Darwisy datang sekolah untuk ajar anak-anak PERMATA buat "Roti Karipap" la.... Tak sabarnya nak belajar dengan Mama Darwisy. Jom kita tengok anak-anak PERMATA teruja belajar buat "Roti Karipap" dengan Mama Darwisy...


 Mama Darwisy dah sedia untuk ajar....

Bahan-bahan yang diperlukan telah tersedia....

Tekan kuat-kuat Aqish.... Sampai leper rotinya yer...
Shamir tengok Abang Erol buat ker???...




Ok..sekarang letak bahan-bahan atas roti yer Harris...

 Sardin dan "Roti Karipap" yang dah siap.....Sedia untuk dimakan..

Ok kawan-kawan, cara nak buat "Roti Sardin" nie senang jer.

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Roti
- Sardin  (hancurkan)
- Tomato (potong dadu)
- Telur     (hancur)
- Lobak  (hiris halus-halus)
- Penggelek dan papan alas
- Garfu

Cara-cara membuatnya:
 - Lenyek roti sampai leper menggunakan penggelek di atas papan alas Setelah leper, letakkan bahan-bahan di atas rito tadi dalan kuantiti yang tidak terlalu banyak. Kemudian, lipat roti kepada dua bahagian. Tekan hujung roti menggunakan garfu. Nah!!! Sudah sedia untuk dimakan. Sungguh enak dimakan begitu sahaja....

* Nak lagi sedap, celur dalam telur yang telah dipukul dan gorengkannya sehingga kuning keemasan...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan