Menu

Isnin, 26 Julai 2010

Lawatan Kerja Filem Negara Malaysia (FINAS) ke PAPN Bukit Peringgit, Melaka

Pada hari khamis yang lalu bersamaan dengan 15 Julai yang lalu, kami warga PAPN Bukit Peringgit menerima lawatan kerja dari tenaga kerja FINAS yang terdiri daripada seorang penerbit rancangan, Puan Salwah bersama dengan 5 orang krewnya. Tujuannya adalah untuk Finas membuat penggambaran di sini yang akan dimuatkan di dalam dokumentari berkenaan Program PERMATA, dan akan ditayangkan kepada masyarakat umum sebagai pendedahan tentang program ini di samping ingin meningkatkan pemahaman masyarakat secara umumnya.


Sesi penggambaran bermula seawal pukul 9.30 pagi semasa anak-anak sedang menyanyikan lagu “Negaraku” , lagu “PERMATA” dan membaca ikrar. Kemudian terus diikuti dengan penggambaran penglibatan ibubapa, temubual bersama pendidik, pendidik melakukan aktiviti bersama-sama dengan anak-anak termasuk aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Penggambaran ini juga turut mengambil sedutan ibubapa yang melakukan aktiviti riadah bersama-sama di sebelah petang iaitu tarian “poco-poco”.

“Penat!”..itulah perkataan yang paling tepat boleh saya berikan sepanjang sesi penggambaran berlangsung. Kami terpaksa melakukan syot yang sama berulang kali hingga dapat syot yang terbaik akibat kerenah anak-anak yang kepanasan di bawah cahaya lampu, ditambah dengan pendidik dan ibubapa yang tergagap menjawab semasa temubual dijalankan . Pendek kata, ini semua merupakan pengalaman baru buat kami warga PAPN Bukit Peringgit, Melaka.

Terima kasih pada semua di atas kerjasama yang diberikan sepanjang hari untuk menjayakan penggambaran ini.

Sibuk menyiapkan peralatan penggambaran

Ok semua...sedia!

Testing...testing...

Penggambaran penglibatan ibubapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan