Menu

Isnin, 26 Julai 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Galeri Tun Ghaffar Baba….

Sesekali, teringin juga kami warga pendidik membawa anak-anak menikmati “angin baru” dan suasana baru. Setelah berbincang, kami wrarga pendidik membuat keputusan untuk membawa anak-anak ke Galeri Tun Ghaffar Baba. Apabila difikirkan, tentu ada yang mempersoalkan “kenapa galeri itu?”… “tinggi sangat sejarahnya untuk dideahkan pada anak-anak PERMATA” … “sesuai ke dengan anak-anak PERMATA?”… Sungguh!..kami sendiri ada rasa ragu-ragu, namun kami yakinkan satu sama lain, pasti ada sesuatu yang anak-anak boleh belajar di sana.


Setelah semuanya diuruskan, kami menuju ke Galeri Tun Ghaffar Baba. Sebaik sahaja sampai, sudah ada pegawai yang menunggu untuk menyambut kami. Alhamdulillah!..anak-anak semua masih dalam kawalan dan mereka begitu teruja untuk memulakan lawatan tersebut.

Di dalam hati saya sendiri, terbit rasa ragu, namum dikuatkan semangat agar lawatan ini bakal memberikan pengajaran kepada anak-anak. Sebaik sahaja anak-anak melangkahkan kaki ke dalam galeri tersebut, mereka mula teruja dengan barang-barang yang dipamerkan.

Objektif kami tercapai!..anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan dapat memahami setiap perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Semua model dan barang-barang yang ditunjukkan oleh pendidik kepada anak-anak dapat dijawab dengan baik dan betul. Anak-anak dapat membezakan antara kereta dan lori, feri dan bot, gendang dan drum, menyatakan perkakas dan perabot yang ada di bilik tidur, menyatakan warna objek yang dilihat dan sebagainya.

Tahniah!..buat anak-anak PERMATA Bukit Peringgit….Sesungguhnya kalian lulus dengan cemerlang dengan “ujian” yang diberikan. Kalian pandai membawa diri dan menunjukkan minat untuk belajar benda baru di tempat baru.

Walaupun hakikatnya, Galeri Tun Ghaffar Baba sebenarnya merupakan satu tempat tinggalan sejarah dan lagenda yang penuh dengan informasi, namun niat kami, para pendidik di sini hanyalah ingin memberikan pendedahan awal kepada anak-anak ini dengan “sejarah”.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan