Menu

Rabu, 19 Oktober 2011

Zoo Mini dan Program Komuniti PERMATA Seni Tari

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....
 
 
Pada 24hb Julai 2011 yang lalu, PAPN Bukit Peringgit telah menjalankan satu aktiviti bersama ibu bapa iaitu membuat Zoo Mini di kawasan PAPN Bukit Peringgit. Aktiviti yang dijalankan mengikut tema bulan Julai iaitu bertemakan haiwan. Pada masa yang sama juga PAPN Bukit Peringgit  telah menerima lawatan dari PERMATA Seni Tari dalam Program Komuniti yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Ucapan dari  VIP Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara



 
 
 
 
 Wah!!! Cantiknya si penari cilik kita...  :)
 
 





Jom zapin beramai-ramai....ewahhhhh!!!! cak pong cak pong.... :)
 
PRO PERMATA Negara meyampaikan cenderamata kepadaPERMATA Seni Tari dalam Program Komuniti yang telah dijalankan :)


ZOO MINI PAPN Bukit Peringgit TERBAIKKKKK...!!! 

Pada hari yang sama juga PAPN Bukit Peringgit telah menganjurkan satu aktiviti bulanan bersama ibu bapa dan anak-anak PERMATA Negara. Seperti yang telah disepakati dalam meeting bulanan, ibu bapa dikehendaki membawa sejenis haiwan peliharaan atau haiwan yang mudah didapati dan jinak untuk membuat Zoo Mini ini. Selain itu pertandingan sangkar tercantik juga akan mendapat hadiah hamper yang telah disediakan oleh pihak penganjur :)) 
 

 Ini dia Si Ayam Jantan....


 Tido yer monyet???...... eyh tak lah... dia malu rupanya :p


Alar.. comelnyer miow ni, sangkar pun cantik... ni Amin punya ye???
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan