Menu

Selasa, 25 Oktober 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANDAR HILIR

Sempena dengan tema bulan 9 iaitu tema kenderaan, Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik telah bersetuju untuk mengadakan satu lawatan ke Bandar Hilir pada 9hb September 2011. Lawatan yang diadakan adalah untuk melihat kenderaan yang ada di sekitar kawasan tersebut seperti kapal terbang, kereta kebal, kereta kuda, keretapi dan beca.


Aktiviti  yang dijalankan bermula  pada pukul 5.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Teacher Miza telah memberi penerangan serba sedikit tentang kenderaan yang berada disekitar Bandar Hilir. Kanak-kanak sangat teruja apabila bergambar dengan kereta lembu, tapi ada jugak yang takut nak panjat lembu tu... huhu...semuanya berjalan dengan baik hasil bantuan ibu bapa menjaga anak masing-masing. Terima kasih semua.....!!!!
 











Afif dan Qistina pandang apa tu??? hati-hati tau nanti kene sondol plak...






Peace Amin... NO WAR... Tapi belakang tu
macam kereta kebal je Amin...!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan