Menu

Ahad, 11 April 2010

Menghias PERMATA...

Pada 27hb Mac 2010 yang lalu, para ibubapa telah hadir ke PERMATA Bukit Peringgt untuk melakukan aktiviti menghias PERMATA bertepatan dengan tema "TASKA SAYA". Para ibubapa telah bersepakat untuk dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk menghias setiap bahagian di PERMATA iaitu cafe, bilik kuarantin, art n craft, panggung PERMATA dan bilik fizikal.

Terharu saya melihat ketekunan setiap kumpulan dalam menggalas tanggungjawab untuk menyiapkan dan menghias bilik masing-masing. Hiasan yang mereka pilih sememangnya dipilih secara teliti agar bersesuaian dengan jiwa anak-anak meraka yang menghuni PERMATA ini. Bertungkus lumus, turun naik tangga, panjat sana, panjat sini, ....bersepah sana, bersepah  sini....., melekit dek gam, keluar masuk membeli barang keperluan yang tidak mencukupi.....Pendek kata berbagai ragam dan karenah yang dapat saya lihat dari ibubapa ini  agar mereka dapat menyiapkan sekaligus "menceriakan dan memeriahkan" lagi PERMATA Bukit Peringgit ini.



Terima kasih!... ikhlas dari  hati saya selaku Ketua Penyelaras di PAPN Bukit Peringgit kepada semua ibubapa yang telah meberikan seluruh kerjasama kepada pihak PERMATA dalam menjayakan semua aktiviti yang telah kita rancangkan bersama. Moga anak-anak kita akan meghargai hasil kerja kita di dalam usaka kita memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan mereka.

Buat anak-anak PERMATA kalian, dengar kata Teacher..."Jangan rosakkan hiasan baru ni, kesian ayah ibu..penat buat cantik-cantik".....


Bekerjasama menghias bilik fizikal dan bilik kuarantin

1 ulasan:

  1. wah..bestnya...dh cantik dh PAPN Bukit Peringgit...postlah byk lgi gmbr2 ruang2 n sudut2 dlm PAPN...

    BalasPadam