Menu

Jumaat, 5 April 2013

Januari 2013: Bulan Kreativiti



Selamat Tahun Baru 2013 !!!!...

Memandangkan masih dalam suku tahun pertama tahun 2013, rasanya belum terlewat untuk ucapan tahun baru tersebut.  Ekoran kesibukan dan limitasi masa para 'parents' dan pendidik barulah sekarang dalam bulan Mac ini blog PAPN Bukit Peringgit dapat dikemaskini. Mari kita lihat apa acara-acara yang telah berjalan sepanjang awal tahun ini.

Januari 2013, bulan pertama bagi sesi suai kenal antara 'parents-parents' baru dan lama di dalam Permata Bukit Peringgit. Tema bagi bulan Januari adalah "Kreativiti" yang mana setiap 'parents' secara berkumpulan diberikan satu sudut bagi menghias sudut tersebut mengikut kesesuaian, kreativiti dan usaha sendiri.

Disamping itu, terdapat juga acara gotong-royong dan sambutan ringkas Maulidur Rasul dengan bacaan selawat ke atas Nabi S.A.W nabi junjungan kita.

Berikut antara sudut-sudut di dalam PAPN Bukit Peringgit sebelum melalui proses transformasi bagi Tahun 2013.

Ruang Tamu dan hadapan
Sudut dinding Library 

Sudut panggung


Bilik Tidur Anak-anak Permata
kerja-kerja membersihkan dinding
daripada pita pelekat

kerja-kerja sedang berjalan
dinding di dalam bilik tidur anak-anak
dinding tidak kemas
kerja-kerja menyusun atur kembali perabot dalaman













proses membaik pulih sedang berlangsung




















Dapur
dinding di ruang dapur


  





Ruang Makan


suasana di ruang makan anak-anak Permata
dan kelihatan rak beg melalui proses mengecat
Ruang 'Parents Corner'
'Parents Corner'


Atas segala usaha dan penat lelah semua 'parents' yang hadir pada hari tersebut, para 'parents' telah dihadiahkan dengan sedikit token iaitu hamper berupakan makanan dan minuman mengikut kumpulan yang terlibat.

Pemberian hamper tersebut dilakukan bersama Pegawai Paksi, Cik Sherina bersama para pendidik PAPN.




Berikut di kongsikan bersama gambar-gambar sepanjang program Bulan Kreativiti untuk tatapan bersama.

Para ibu-bapa sedang kusyuk mendengar taklimat dari ketua pendidik


sudut library, dapur dan sudut kreativiti anak PERMATA  yg telah diberi wajah baru

 
masing-masing tekun mendengar taklimat
dan penerangan ringkas oleh teacher amy

Teacher Amal bersama sebahagian hamper

Teacher Amy bersungguh-sungguh memberikan taklimat kepada para ibu bapa 2013

Cik Sherina, Pegawai Paksi turut sama meluangkan masa bersama kami

Ketua pendidik, Teacher Wan bersama Cik Sherina

Program kali ini berjalan dengan lancar dan sukses sekali dengan sokongan dan kerjasama setiap kumpulan, sebagai hasilnya PAPN Bukit Peringgit telah berjaya di 'make over' dan bertambah serinya lagi  pada tahun ini. Tahun baru dengan hiasan baru...

Terima kasih kepada 'parents-parents' yang sudi hadir dan meluangkan masa bersama-sama para pendidik menghias ruang-ruang tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan