Menu

Isnin, 27 Februari 2012

WELCOME 2012..



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA ANAK-ANAK BARU & LAMA PAPN BUKIT PERINGGIT..

Salam Satu Malaysia.. syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama mengharungi tahun baru yang lebih gemilang dan terbilang iaitu tahun 2012. semoga membawa keberkatan kepada warga PAPN Bukit Peringgit. Sepanjang bulan Januari kita telah pun menjalankan beberapa aktiviti iaitu mesyuarat bersama ibu bapa anak-anak yang baru mendaftar, Demonstrasi memberus gigi dengan betul dari Klinik Pergigian,Poliklinik Peringgit dan Majlis Bacaan Yassin.


MESYUARAT UNTUK ANAK-ANAK BARU MENDAFTAR

Seramai 13 orang anak-anak baru PAPN Bukit Peringgit telah mendaftarkan diri pada 9 hb Januari yang lalu. Anak 2 tahun comel-comel je tahun ni. Genit-genit katanya... apapun selamat datang diucapkan kepada anak-anak baru....

Semangatnya mendengar kata ucapan dari T.miza

Wahhh... datang-datang je terus duduk kat kerusi... nak makan eyh....

Sakit kaki  ye mama Luqman ;)

Anak ayah... taska ni best tau, tak mau nakal-nakal ye...=)


DEMONSTRASI MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL DARI KLINIK PERGIGIAN, POLIKLINIK PERINGGIT 

Aktiviti pertama PAPN Bukit Peringgit.... Jeng... Jeng... Jeng.... Anak-anak PERMATA menerima lawatan dari Jururawat Klinik Pergigian Peringgit. Macam biasa Jururawat Ina datang untuk memberikan informasi kepada anak-anak PERMATA tentang cara memberus gigi yang betul dan menjaga gigi daripada rosak. Aktiviti ini berlaku pada 13 Januari 2012 yang lalu.

Wah... fokusnya anak-anak  mendengar nurse beri penerangan... bagus!!!

Macam ni yer berus gigi adik-adik, kata nurse tersebut...huhuhu....

Betul ke buat macam tu Abang Erol?
Ha.. buat macam ni yer.....




MAJLIS BACAAN YASSIN

Memandangkan Bulan Januari merupakan bulan pertama dan kali pertama bagi ibubapa baru menyertainya, maka Mesyuarat PIPB yang lalu telah mencadangkan untuk mengadakan Majlis Suaikenal dan Bacaan Yassin 

Pada 26 Jnauri 2012, Selepas Maghrib, ibubapa dan anak-anak PERMATA berkumpul di sekolah dan mula bergotong-royong membentang tikar dan sejadah sebagai persediaan untuk Solat Isyak berjemaah dan Bacaan Yassin bersama dengan Imam jemputan dari Surau Peringgit.

Alhamdulillah aktiviti dengan lancar dan semua ibubapa memberikan kerjasama yang baik dari mula hingga tamatnya majlis pada hari ini. Terasa seperti sebuah keluarga apabila para ibubapa bersama-sama membawa makanan untuk dikongsi beramai-ramai.

Terima Kasih kepada semua ibubapa lama dan baru. Semoga tahun ini akan lebih meriah lagi dengan komitmen dan kerjasama daripada semua. 

Good Luck and All The Best PAPN Bukit Peringgit....  


Amin dengan babah....

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan