Menu

Rabu, 14 Disember 2011

Ekspo PERMATA...


Bulan Disember, bulan terakhir untuk sesi persekolahan tahun ini bertemakan "Cuti-Cuti Malaysia". Alhamdulillah warga PERMATA Bkt Peringgit telah diberi peluang untuk menghadiri Ekspo PERMATA yang berlangsung di KLCC pada 10hb Disember yang lalu.Pengangkutan kami ke sana telah disediakan oleh pihak Jabatan Ketua Menteri, Melaka. Ekspo yang sangat menyeronokkan dan bertambah manis apabila anak-anak PERMATA Bukit Peringgit dapat turut serta untuk makan tengahari bersama-sama dengan Perdana Menteri, Malaysia dan isterinya. Satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak akan dapat dilupakan.


Ketika makan tengahari. Kenangan inilah yang paling mahal;


Anak-anak menjamu selera. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi PIBP, Encik Khairul  dan Ibu Ummie, Puan Jariah kerana sudi membantu para cikgu sepanjang waktu makan ini.





YAB  Dato' Sri Mohd Najib dan isteri memberi ucapan semasa Ekspo PERMATA berlangsung







Tiada ulasan:

Catat Ulasan