Menu

Isnin, 8 November 2010

Lawatan ke PAPN Bukit Peringgit

Pada 01 November 2010 yang lalu, kumpulan pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) PERMATA ambilan Jun 2010 dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Melayu menagdakan lawatan ke PAPN Bukit Peringgit, Melaka.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memenuhi salah satu komponen sukatan pelajaran kursus KPLI (PERMATA). Melalui program lawatan ini diharapkan dapat menambah pengetahuan pelajar serta menjalankan beberapa tugasan yang berkaitan dengan PAPN yang terdapat dalam sukatan pelajaran kursus PERMATA.

Rombongan kali ini, membawa 25 orang peserta KPLI PERMATA dan diiringi oleh seorang pensyarah iaitu, Encik Ayob. Mereka tiba di PAPN Bukit Peringgit pada pukul 10.00 pagi ketika anak-anak PERMATA sedang menikmati minum pagi mereka. Para peserta terus menjalankan tugasan mereka sambil mendapat penerangan sedikit sebanyak tentang PAPN Bukit Peringgit ini daripada Teacher Miza, Teacher Ina dan Teacher Shila.
Lawatan kali ini, diakhiri dengan ucapan terima kasih dan cenderahati daripada Encik Ayob kepada Teacher Miza , selaku wakil PAPN Bukit Peringgit dan ditutup dengan sesi bergambar beramai-ramai. Lawatan tamat pada pukul 1.00 petang.

Sejenak bersama peserta KPLI PERMATA Siri ke-2;

Puan Mahanom yang kebetulan datang ke PAPN untuk menyelia pelajar praktikal, KEMAS

Airiel, si kecil yang sering menjadi perhatian

 Anak-anak 4 tahun sedang mencuba aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh para pelajar KPLI .


 Sesi bergambar sebelum lawatan tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan