Menu

Jumaat, 6 Ogos 2010

Lawatan ke Taman Rama-Rama

Pada 28 Julai yang lalu bersempena dengan tema 'Haiwan', Persatuan Ibubapa dan Pendidik PAPN Bukit Peringgit sebulat suara bersetuju untuk mengadakan lawatan dan membawa anak-anak PERMATA   ke Taman Rama-Rama untuk melihat dan meneroka sendiri rama-rama secara dekat.

Kami semua berkumpul seawal pukul 9.00 pagi di ruang hadapan Taman Rama-Rama sambil menantikan rakan-rakan yang lain tiba kerana ibubapa memilih untuk menaiki kenderaan sendiri untuk lawatan kali ini. Setelah semua ada, pendidik dan ibubapa mengadakan "MORNING CYCLE"  sebagai aktiviti '"pemanas badan" untuk anak-anak. Anak-anak kelihatan bersemangat semasa melakukan aktiviti 'Morning Cycle' dan tidak sabar untuk masuk ke Taman Rama-Rama tersebut.







         Ibubapa berkumpul sementara   
     menantikan rakan-rakan yang lain












Kemudian diikuti pula dengan aktiviti "Morning Cycle"




Selesai menguruskan tiket, anak-anak mula dibawa masuk oleh ibubapa masing-masing untuk memulakan ekspedisi menjejaki rama-rama oleh 'tour guide' Taman Rama-Rama.... Rupa-rupanya, bukan hanya ada rama-rama di sana, malahan terdapat pelbagai jenis haiwan yang dipamerkan di sana. Ada iguana, ular sawa, harimau bintang, buaya, ikan arapaima, monyet dan macam-macam lagi... Aduhai! Best sangat sebab semua boleh dilihat secara dekat dan melihat sendiri Ikan Arapaima diberi makanan.

Untuk lawatan kali ini, anak-anak PERMATA diberikan pakej permainan iaitu 'Mencari harta karun' oleh pihak Taman Rama-Rama. Berebut-rebut ibubapa dan anak-anak PERMATA mengumpulkan harta karun masing-masing. Setelah itu, pihak Taman Rama-Rama mengadakan kuiz untuk menentukan pemenangnya.


Airiel!...Rama-rama kat baju Teacher Miza tue....

 Siamang....elok-elok Anis!

Bergambar di kolam Ikan Koi


Kuiz!...selepas penat mencari harta karun

Selesai lawatan di Taman Rama-Rama, kami semua sepakat untuk berkumpul menjamu selera@ makan tengahari  di Dataran Ayer Keroh. Kami berkelah di sana Tikar-tikar dibentangkan, makanan dihidang dan sama-sama menjamu selera . Makanan yang dibawa adalah secara kongsi oleh ibubapa Mereka sepakat untuk membawa makanan yang berlainan dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak kerana apabila digabungkan, makanan pada tengahari itu menjadi banyak. Penat kaki berjalan, letih mulut mengunyah dan akhirnya.... semua kekenyangan! 

Aktiviti pada hari tersebut tamat lebih kurang pukul 2.00 petang setelah selesai menegmas semula tempat yang digunakan untuk berkelah tadi. 

 Anak-anak PERMATA...






 Bentang... jangan tak bentang tikar tu....



   Makan!...... Baca doa, jangan lupa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan