Menu

Ahad, 10 Januari 2010

Salam Perkenalan

Selamat datang ke Blog Pusat Anak Permata Negara (PAPN), Bukit Peringgit!....

Bermula apabila Datin Paduka Seri Rosmah Mansor (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara) melihat peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial di negara ini. Beliau berpendapat mungkin disebabkan kurangnya penekanan terhadap asuhan dan didikan semasa usia kanak-kanak.



Maka tercetuslah idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA. 25 individu profesional dipilih terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat yang bersama-sama memikirkan kaedah dan perlaksanaan yang terbaik untuk program ini .



Untuk melahirkan Kurikulum PERMATA, pasukan ini telah meninjau beberapa program pendidikan awal kanak-kanak di beberapa tempat, termasuk di Pen Green Centre, Corby, England. Terdapat juga ahli yang melawat pusat0pusat asuhan kanak-kanak di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Hasil daripada penelitian tersebut, keputusan diambil untuk menggunakan model Pen Green Corby sebagai rujukan untuk program PERMATA. Model ini telah disesuaikan selaras dengan keperluan kana-kanak di Malaysia dan Falsafah Pendidikan Negara.


PAPN, Bukit Peringgit merupakan projek pertama PERMATA di negeri Melaka buat masa ini dan mula beroperasi pada 29 November 2007 dan telah dirasmikan oleh Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 11 Februari 2008. PAPN Bukit Peringgit merupakan sebuah banglo milik kerajaan Negeri Melaka yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian program PERMATA.


Terdapat 3 orang tenaga pengajar (pendidik) dan dibantu oleh seorang pembantu pendidik untuk menguruskan serta mendidik seramai 25 orang anak PERMATA di PAPN,Bukit Peringgit ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan