Admin mulakan blogging tentang program yang dijalankan pada bulan 3hb March 2013 iaitu
Sambutan dan sokongan yang menggalakkan oleh ibubapa anak-anak PAPN Bukit Peringgit yang hadir didalam bengkel tersebut.
Admin kongsikan bersama beberapa gambar-gambar ibubapa yang hadir dan sekitar bengkel tersebut berlangsung.
Puan Jameyah Sheriff |
Bengkel Keibubapaan ini diadakan bagi memberi taklimat dan motivasi kepada ibubapa yang hadir mengenai kepentingan peranan ibubapa dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak seawal usia mereka dan memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang menyokong perkembangan dan personaliti mereka.
Didalam bengkel tersebut ditekankan beberapa perkara seperti berikut:
- Peranan dan Tanggungjawab Ibubapa
- Penglibatan Ibubapa dalam Perkembangan anak-anak
- Gaya dan Ciri-ciri keibubapaan
- Apa itu perkembangan pembelajaran kanak-kanak
- Peranan Ibubapa
Oleh itu, admin secara peribadi berasa terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan didalam diri admin didalam mendidik anak-anak. Menerusi info dan ilmu yang diterima sepanjang menghadirkan diri ke bengkel tersebut dapatlah admin aplikasi sedikit sebanyak apa yang telah dikongsikan oleh Pn Jameyah.
Admin juga berharap semua ibubapa yang lain dapat memanfaatkan segala ilmu dan info diterima kepada anak-anak dirumah. Bersama kita mendidik anak dan generasi ke arah yang lebih baik agar dapat diwarisi ke generasi atau legasi seterusnya.
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan