Bulan Februari membawa tema "Keluarga Saya". Oleh yang demikian, Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP) Sebulat suara bermesyuarat untuk mengadakan sukaneka keluarga PAPN Bukit Peringgit. Ahli persatuan telah bersetuju untuk mengadakan sukaneka ini di Hutan Rekreasi, Ayer Keroh pada 25hb Februari 2012. Namun demikian, kami terpaksa menukar tempat aktiviti pada saat-saat terakhir iaitu Pantai Puteri kerana pada tarikh yang sama, Bandaraya Melaka terutamanya kawasan Ayer Keroh begitu sibuk menerima tetamu yang datang pada hari tersebut iaitu "Jom Heboh - 10 Tahun' dan "Le Tour De Langkawi".
Mak-mak tengah sediakan makanan... |
Ayah-ayah pulak tengah pasang dan naikkan khemah... |
Kemas-kemas Ayah Erol & Ayah Haikal |
Semua ibubapa telah dimaklumkan dengan pertukaran tempat dan mereka diminta untuk membawa bekalan makanan untuk dikongsi bersama-sama pada hari sukaneka. Akhirnya, hari yang dinanti-nanti pun tiba jua. Anak-anak bersemangat untuk bersukan, tetapi rasanya ibubapa yang lebih teruja. Hahaha..... macam-macam gelagat si ibu dan ayah yang terlebih "excited" bermain permainan anak bagi memastikan anak-anak mereka menang!!!!....
Acara dimulakan dengan sukan anak-anak 2 tahun selang-seli dengan acara anak 3 tahun dan akhir sekali diikuti dengan acara anak 4 tahun. Setiap umur anak diberikan dua permainan untuk dilakukan. Berikut adalah permainan-permainan yang telah kami sajikan kepada anak-anak PERMATA Bukit Peringgit...
Acara anak-anak 2 tahun
- Kutip ikan dan bola paling banyak dalam masa 2 minit - dimenangi oleh Muhammad Danish Ziqri
- Kutip gula-gula dalam pasir paling banyak dalam masa 2 minit - dimenangi oleh Afif Darwisy
Nenek.. tolong Awish cepat!!!!.... |
Everybody Ready k!!... |
Cepat Ziqri!!!!.... |
Si Pemenangnya....Ziqri... Yahoo!!!! |
Acara anak-anak 3 tahun:
- Tarik bola menggunakan gelung - dimenangi oleh Muhammad Amin Aiman
- Masukkan air dalam botol dalam masa 2 minit - dimenangi oleh Muhammad Dubeis AzeemTarik Amin!!!!Best la Mummy walaupun ada baby dalam perut... |
Balqis!!!! Go.... |
La... Adriana malu ke??.. |
Abg Erol!!.. Bola tertinggal la... |
Acara anak-anak 4 tahun:
- Bawa tepung dalam sudu dan masukkan dalam cawan plastik - dimenangi oleh Ummie Zahirah
- Boling Kelapa - dimenangi oleh Harris Haikal
Irfan Cepat!!!... |
Ar-Rayyan... Chaiyok!!! |
Harris ke Nenek yang buat nie???... |
Aqish.. Cepat la..Papa dah tunggu tue.. |
Acara seterusnya ialah acara untuk adik-beradik yang hadir, bapa, ibu dan keluarga.
Acara untuk adik-beradik adalah meniup belon sebanyak 3 biji sampai pecah.
Tiup sampai pecah tau!!! |
Angkat kaki, jangan tak angkat!!! |
Acara untuk para bapa, "Laga Lutut" dan dimenangi oleh Papa Aqish....
Acara untuk para ibu, "Ulat Beluncas" dan dimenangi oleh Kupulan Teacher Intan
Bersemangat semua nak menang... |
Lagi gambar-gambar untuk tatapan semua sepanjang "Aktiviti Sukaneka di PAntai Puteri" PAPN Bukit Peringgit tahun 2012
Acara yang paling dinanti-nantikan oleh semua, acara untuk "TEACHERS dan KAK NADIA". Habis kami dikerjakan.. Walau apa pu, itu semua hanya untuk suka-suka dan mengeratkan silaturrahim antara warga PAPN Bukit Peringgit.... Sayang korang semua!!!!!!.....
Semoga tahun-tahun yang mendatang kita semua akan reka acara baru yang lebih mencabar lagi untuk anak-anak kita yer....