Menu

Rabu, 14 Disember 2011

Jom Main Layang-Layang...

Bertemakan 'Komuniti dan Alam Sekeliling" pada bulan Oktober yang lalu... Kami telah mengadakan Aktiviti Bermain Layang-Layang bersama dengan Ibubapa dan Anak-anak PERMATA di Dataran 1 Malaysia , Pantai Klebang sekaligus berkelah di tepi pantai......

Aktiviti ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak PERMATA kami tentang permainan layang-layang yang memerlukan elemen alam semulajadi iaitu angin untuk menaikkan layang-layang Anak-anak PERMATA sungguh gembira bermain layang-layang termasuklah ibu dan bapa. Bak kata mereka..'Teacher nie, mengimbau kenangan kitaorang la masa kecik-kecik dulu"... Aktiviti yang santai tetapi penuh dengan pengisian untuk semua individu.

Hdiah untuk Pertandingan layang-layang keluarga siapa paling jauh dan lama bertahan di udara selama 30 minit menjadi taruhan dan pemenangnya ialah KELUARGA DUBEIS,manakala saingannya, family Qistina pula agak kecewa kerana layang-layang telah terlepas talinya. Puas bermain layang-layang, kami telah menjamu selera dengan makanan yang dibawa bersama-sama oleh semua keluarga.

Babah tolong pegangkan layang-layang nie jap.....



 Makan time.... Jom Kawan-kawan....




Mama tolong adik, Ibu Laila tolong abang ekk...

Pengerusi sempat gak naik kuda ekk....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan