Pada 10hb Ogos 2011, PAPN Bukit Peringgit telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke GIANT bersempena dengan tema bulan Ogos iaitu Kemerdekaan serta Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Kanak-kanak diberi pendedahan tentang hiasan yang terdapat di sekeliling pasaraya tersebut, seperti hiasan bendera, hiasan ketupat serta replika rumah Melayu yang dihiasi dengan lemang dan lampu yang pelbagai warna.
Selain itu, kanak-kanak PERMATA juga sangat gembira dengan lawatan tersebut kerana dapat mengenali banyak barang yang terdapat di pasaraya GIANT. Tapi kami dari pihak pendidik meminta maaf sebab gambar anak-anak PERMATA tidak dapat disertakan sebab ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Tapi yang penting, anak-anak semua enjoy dan happy dengan lawatan tersebut ;). Para teacher pun dapat melihat perkembangan kanak-kanak melalui tingkah laku mereka semasa berada di pasaraya. Lepas balik dari Pasaraya GIANT dan tiba waktu tidur memang semua lena sangat sebab penat berjalan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan