Menu

Selasa, 25 Oktober 2011

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA ANAK-ANAK PERMATA :)))))

Pada 15hb September yang lepas, PAPN Bukit Peringgit telah mengadakan sambutan Hari Raya bersama pendidik dan Ibu Laila. Semua anak-anak diminta untuk memakai baju raya yang paling latest sebab nak bagi sambutan raya paling best di PERMATA.. hehehehe..... lepas tu ada orang anak-anak 2 tahun ni berpakaian seperti pahlawan melayu.. kami teacher-teacher kat sini sangat teruja untuk bergambar dengan dia... apa tak nyer.... dengan pakai tengkolok tu memang sangat menarik minatlah... siapakah kanak-kanak tu???? tentulah si Amin yang comel.. hehe..

Tak lupa juga  anak-anak PERMATA diminta untuk membawa 2 jenis kuih untuk sambutan hari raya tersebut. Pihak pendidik juga ingin megucapkan berbanyak terima kasih kepada En.Shahid kerana telah memberi sponsor bunga api kepada anak-anak PERMATA. TERIMA KASIH!!!!

T.Miza dengan anak-anak 4 tahun


Ibu Laila dengan anak-anak PERMATA
T.Intan dengan anak-anak 3 tahun

T. Fida bersama-sama anak-anak PERMATA
Amin bermain bunga api.... hati-hati tau..... :)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANDAR HILIR

Sempena dengan tema bulan 9 iaitu tema kenderaan, Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik telah bersetuju untuk mengadakan satu lawatan ke Bandar Hilir pada 9hb September 2011. Lawatan yang diadakan adalah untuk melihat kenderaan yang ada di sekitar kawasan tersebut seperti kapal terbang, kereta kebal, kereta kuda, keretapi dan beca.


Aktiviti  yang dijalankan bermula  pada pukul 5.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Teacher Miza telah memberi penerangan serba sedikit tentang kenderaan yang berada disekitar Bandar Hilir. Kanak-kanak sangat teruja apabila bergambar dengan kereta lembu, tapi ada jugak yang takut nak panjat lembu tu... huhu...semuanya berjalan dengan baik hasil bantuan ibu bapa menjaga anak masing-masing. Terima kasih semua.....!!!!
 











Afif dan Qistina pandang apa tu??? hati-hati tau nanti kene sondol plak...






Peace Amin... NO WAR... Tapi belakang tu
macam kereta kebal je Amin...!!!!

MEMASANG BENDERA

Pada 8hb Ogos 2011, ibu bapa serta para teacher telah bekerjasama untuk memasang bendera sempena bulan Kemerdekaan. Bendera yang sedia ada telah dikeluarkan dari tempat asalnya iaitu didalam kotak telah pun diselongkar untuk menyambut kemerdekaan pada tahun ini. hehe..:p . mommy, daddy, ayah, ibu, abah dan mak semua berlumba-lumba nak pasang bendera.. memang havoc la dorang buat kerja.. Happy sangat lah... 

Semua bendera dipasang mengambil masa selama satu jam setengah untuk disiapkan. Memang terbaiklah... sambil-sambil buat kerja tu, adalah si abah ni menjerit MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!!!! hahaha.... memang tak kering gusi lah dibuatnya.Apapun kita ucapkan tahniah sebab semua ibu bapa sudi memberikan sepenuh tenaga mereka untuk menyiapkan kerja memasang bendera.. Tahniahhhh!!!!

Gambar tidak dapat disertakan kerana  ada sedikit masalah teknikal yang telah berlaku. maaf ye!!!! :)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GIANT

Pada 10hb Ogos 2011, PAPN Bukit Peringgit telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke GIANT bersempena dengan tema bulan Ogos iaitu Kemerdekaan serta Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Kanak-kanak diberi pendedahan tentang hiasan yang terdapat di sekeliling pasaraya tersebut, seperti hiasan bendera, hiasan ketupat serta replika rumah Melayu yang dihiasi dengan lemang dan lampu yang pelbagai warna. 

Selain itu, kanak-kanak PERMATA juga sangat gembira dengan lawatan tersebut kerana dapat mengenali banyak barang yang terdapat di pasaraya GIANT. Tapi kami dari pihak pendidik meminta maaf sebab gambar anak-anak PERMATA tidak dapat disertakan sebab ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Tapi yang penting, anak-anak semua enjoy dan happy dengan lawatan tersebut ;). Para teacher pun dapat melihat perkembangan kanak-kanak melalui tingkah laku mereka semasa berada di pasaraya. Lepas balik dari Pasaraya GIANT dan tiba waktu tidur memang semua lena sangat sebab penat berjalan :)

Rabu, 19 Oktober 2011

Zoo Mini dan Program Komuniti PERMATA Seni Tari

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....
 
 
Pada 24hb Julai 2011 yang lalu, PAPN Bukit Peringgit telah menjalankan satu aktiviti bersama ibu bapa iaitu membuat Zoo Mini di kawasan PAPN Bukit Peringgit. Aktiviti yang dijalankan mengikut tema bulan Julai iaitu bertemakan haiwan. Pada masa yang sama juga PAPN Bukit Peringgit  telah menerima lawatan dari PERMATA Seni Tari dalam Program Komuniti yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Ucapan dari  VIP Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara



 
 
 
 
 Wah!!! Cantiknya si penari cilik kita...  :)
 
 





Jom zapin beramai-ramai....ewahhhhh!!!! cak pong cak pong.... :)
 
PRO PERMATA Negara meyampaikan cenderamata kepadaPERMATA Seni Tari dalam Program Komuniti yang telah dijalankan :)


ZOO MINI PAPN Bukit Peringgit TERBAIKKKKK...!!! 

Pada hari yang sama juga PAPN Bukit Peringgit telah menganjurkan satu aktiviti bulanan bersama ibu bapa dan anak-anak PERMATA Negara. Seperti yang telah disepakati dalam meeting bulanan, ibu bapa dikehendaki membawa sejenis haiwan peliharaan atau haiwan yang mudah didapati dan jinak untuk membuat Zoo Mini ini. Selain itu pertandingan sangkar tercantik juga akan mendapat hadiah hamper yang telah disediakan oleh pihak penganjur :)) 
 

 Ini dia Si Ayam Jantan....


 Tido yer monyet???...... eyh tak lah... dia malu rupanya :p


Alar.. comelnyer miow ni, sangkar pun cantik... ni Amin punya ye???
 

Maaf....

Kami warga PAPN Bukit Peringgit memohon seribu kemaafan kerana telah lama 'meninggalkan' dan tidak mengemaskini blog kami. Ini adalah kerana kami kehilangan kata laluan dan baru kini kami mendapat kata laluan tersebut.....


Oleh yang demikian, makanya dapatlah kini kami mewar-warkan kepada umum tentang aktiviti kami sepanjang tempoh 'kehilangan' kami ini..... Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut, dan tidak sabar rasanya kami untuk berkongsi cerita-cerita dan aktivit-aktiviti yang berjalan................