Menu

Khamis, 30 Jun 2011

Sambutan Hari Bapa

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!!............

Kali ini kami ingin memaparkan kepada semua tentang aktiviti yang telah dijalankan pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 24hb Jun 2011 pada pukul 8.30 malam di perkarangan PAPN Bukit Peringgit iaitu "Sambutan Hari Bapa" .

Alhamdulillah, kami telah mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan kami 3 buah khemah sepanjang aktiviti dijalankan. Terima Kasih ye!!!!!!!!!!!

Orang kuat yang bertungkus lumus mendirikan khemah

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu kuragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku dihatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuran ku pada tunduk dan titah arahanmu

Oh ayah..tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah.. x pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu

Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku

Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia
Akhiran masa….
Sentuhanmu amat bermakna~
 
Lirik lagu:Lagu Untuk Ayah (In Team)


Pelbagai acara telah disediakan untuk para bapa pada hari tersebut. Teristemewa untuk para bapa, maka para ibu telah bersatu hati dan sebulat suara mempersembahkan tarian twist untuk semua. Selesai persembahan dari para ibu, makanya tibalah masa untuk "mengenakan" para bapa di hari istimewa mereka. Acara-acara tersebut adalah seperti berikut:
 
 1) Hulla Hoop - dimenangi oleh Ayah Muaz
2) Tiup belon berintikan tepung - dimenangi oleh Ayah Syafiqah
3) Makan pisang paling laju - dimenangi oleh Ayah Nabihah
4) Minum susu! - dimenangi oleh Ayah Irfan
5) Musical Chair - dimenangi oleh Ayah Muaz 
(yang kalah didenda melakukan aksi yang diundi dari kotak beracun)
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ibubapa anak-anak PERMATA Bukit Peringgit kerana "sporting" dan "slumber" sepanjang acara ini berlangsung. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kalian di atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan "Sambutan Hari Bapa" kali ini.
 
BBQ hidangan untuk malam tersebut


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan