Menu

Khamis, 30 Jun 2011

Sambutan Hari Bapa

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!!............

Kali ini kami ingin memaparkan kepada semua tentang aktiviti yang telah dijalankan pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 24hb Jun 2011 pada pukul 8.30 malam di perkarangan PAPN Bukit Peringgit iaitu "Sambutan Hari Bapa" .

Alhamdulillah, kami telah mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan kami 3 buah khemah sepanjang aktiviti dijalankan. Terima Kasih ye!!!!!!!!!!!

Orang kuat yang bertungkus lumus mendirikan khemah

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu kuragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku dihatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuran ku pada tunduk dan titah arahanmu

Oh ayah..tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah.. x pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu

Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku

Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia
Akhiran masa….
Sentuhanmu amat bermakna~
 
Lirik lagu:Lagu Untuk Ayah (In Team)


Pelbagai acara telah disediakan untuk para bapa pada hari tersebut. Teristemewa untuk para bapa, maka para ibu telah bersatu hati dan sebulat suara mempersembahkan tarian twist untuk semua. Selesai persembahan dari para ibu, makanya tibalah masa untuk "mengenakan" para bapa di hari istimewa mereka. Acara-acara tersebut adalah seperti berikut:
 
 1) Hulla Hoop - dimenangi oleh Ayah Muaz
2) Tiup belon berintikan tepung - dimenangi oleh Ayah Syafiqah
3) Makan pisang paling laju - dimenangi oleh Ayah Nabihah
4) Minum susu! - dimenangi oleh Ayah Irfan
5) Musical Chair - dimenangi oleh Ayah Muaz 
(yang kalah didenda melakukan aksi yang diundi dari kotak beracun)
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ibubapa anak-anak PERMATA Bukit Peringgit kerana "sporting" dan "slumber" sepanjang acara ini berlangsung. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kalian di atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan "Sambutan Hari Bapa" kali ini.
 
BBQ hidangan untuk malam tersebut


 
 

Selasa, 28 Jun 2011

Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru



Sambutan hari ibu .. memang besar maknanya. Tak rugi kalau sesiapa nak sambut. Sekurang-kurangya dapat juga menghayati peranan ibu membesarkan  kita  dari dalam perut sehinggalah dah besar. Kalau tak beli hadiah mahal-mahal pun  sekurang-kurangnya wish pun .. dah memadai. Terubat dan sejuk hati  ibu. Mesti ibu suka......dan Happy Teacher's Day for all Teachers out there! tanpa mereka siapa lah kita sekarang kan he.he....

Kami sepakat adakan majlis di tempat yang best dan menarik  iaitu ISMAH Resort,Pengkalan Balak pada 20/5/2011 pukul 8.30 mlm bertemakan konsep " Black and White".Acara yang telah diadakan seperti  berikut:-

1) Minum susu dalam botol
2) Angkat anak paling lama
3) Makan roti paling cepat
4) Koyak kertas tanpa putus

( ini semua direka khas oleh kaum bapa untuk kenakan kaum ibu dan teachers..hehehe).

Selain itu turut dipersembahkan tarian twist moden anak-anak PERMATA dengan iringan lagu " Jangan pandang-pandang..jangan pegang-pegang..alah lagu yang tengah meletup tu.....siap gelek lagi anak-anak PERMATA.

Seperti biasa lah...mesti ada ucapan dari wakil PIBP, wakil Ibu dan Ketua Pendidik....steady lah Teacher MIza....

Amboi...tersenyum lebar ibu Umie dan  ibu Daniel dapat hadiah




Teacher Shila tengah minum susu.....uwekkk nak muntah yer teacher



Aqilah terkelu melihat teacher Ina dan teacher Shila minum susu dalam botol..





Jumaat, 17 Jun 2011

Lawatan dari Klinik Pergigian

Pusat Anak PERMATA Negara Bukit Peringgit menerima lawatan daripada Klinik Pergigian, Poliklinik Bukit Peringgit awal bulan Jun 2011. Jururawat Pergigian yang bertanggungjawab telah memberikan ceramah tentang kesihatan dan pembersihan gigi kepada anak-anak PERMATA. Kusyuk mereka mendengarnya.




Jururawat Pergigian ini juga telah menerangkan dan menunjukkan demonstrasi cara untuk memberus gigi yang betul kepada anak-anak sebelum meminta anak-anak PERMATA mempraktikkannya sendiri di luar.

Dengar betul-betul....


Ayie dah nganga mulut..hehehe!!!!
 Kini, tibalah masanya... Ok Kids,  Sekarang jom kita gosok gigi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Irfan..... gosok betul-betul

Kenapa Nabihah?.... Berkerut mukanya....

Si kecilku sayang..2 tahun..Amin dan Zaffran

Ha..nganga luas-luas...