Menu

Isnin, 11 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Ibu bapa baru mendaftar untuk sesi 2010


Salam...


Kiranya masih belum terlambat bagi kami para pendidik PERMATA, Bukit Peringgit untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, menjadikan kita semua lebih bersemangat dan ceria dalam menjalankan tangungjawab masing-masing.


Seperti biasa, kehadiran tahun baru disambut dengan penuh warna-warni di PERMATA, Bukit Peringgit ini. Pagi-pagi lagi kami telah disajikan dengan rengekan dan tangisan anak-anak PERMATA yang liat untuk ke sekolah. Maklumlah... seronok bercuti selama 2 minggu di rumah. Tidak terkecuali dengan anak-anak PERMATA yang baru mendaftar di PERMATA. Mula-mula gembira tatkala melihat pelbagai permainan di PERMATA. Namun setelah ibu bapa hilang dari pandangan...ha...mulalah...kiri meraung, kanan meraung... semua menangis!...


Bermulalah tugas pendidik dan pembantu untuk memujuk mereka. Pelbagai ragam ditunjukkan oleh anak-anak PERMATA, tidak kira pelajar lama mahupun pelajar baru. Senget bahu pendidik dek asyik minta didukung oleh pelajar baru. Pendek kata minggu yang memenatkan bagi PERMATA tidak kira di sini mahupun PERMATA di negeri-negeri lain. Saya yakin, di PERMATA lain turut menghadapi situasi yang sama.

Namun, kami tidak mudah patah semangat. Anak-anak ini adalah tanggungjawab kami. Insyaallah, tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Sejarah baru bakal tercipta di PERMATA, Bukit Peringgit ini yang akan dilakar oleh semua warganya!...

Tahniah! kepada ibu bapa baru yang menjadi warga PERMATA. Kalian merupakan tonggak baru untuk meningkatkan prestasi PERMATA Bukit Peringgit!...Semoga terjalin ukhuwah yang erat di kalangan ibu bapa lama dan ibu bapa baru... Bersama-sama kita mencorakkan masa depan anak-anak PERMATA!...

1 ulasan:

  1. akum. saya berminat untuk menghantar anak saya ke taska ini. saya tinggal di peringgit berhadapan dengan sekolah agama. saya juga akan berkerja di klinik kesihatan peringgit. anak saya sekarang berumur 8 bulan, dan berminat untuk hantar ke taska ini apabila umurnya 1 tahun. masalah sekarang pendapatan saya dan suami melebihi syarat pendapatan untuk kemasukan ke taska ini. adakah saya masih boleh mencuba untuk memohonnya?

    BalasPadam