Menu

Khamis, 10 Februari 2011

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat

Aktiviti penglibatan ibubapa kali ini dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat sebagai mukadimmah pemula bicara tahun baru sesi 2011. Majlis yang diadakan pada 27/01/2011 bersamaan dengan Hari Khamis bertempat di PAPN Bukit Peringgit, dihadiri oleh semua ibubapa. Ibubapa bermuafakat untuk mendirikan Solat Maghrib berjemaah, disusuli dengan bacaan Yassin dan ditamatkan dengan Solat Isyak berjemaah. Majlis kali ini diketuai oleh bapa kepada salah seorang anak PERMATA, Muhammad Daniel (4 tahun).

Selesai Solat Isyak, semua jemputan menjamu selera dengan hidangan yang dibawa sendiri oleh setiap ibubapa anak-anak PERMATA, pendek kata 1 menu 1 keluarga...apabila digabungkan makanya menjadi banyaklah hidangan pada malam itu.

Ibubapa lama mengambil peluang pada malam ini untuk berkenalan lebih rapat, menjalinkan hubungan mesra dan membentuk ukhuwah yang kuat dengan ibubapa anak-anak yang baru mendaftar untuk tahun ini. Secara keseluruhannya, seramai 25 buah keluarga yang ada untuk PAPN Bukit Peringgit pada tahun 2011 ini.


Ayah Afiq Muaz


Para bapa dan ibu berjemaah bersama-sama untuk Solat Maghrib dan Isyak


Disusuli dengan Bacaan Yassin oleh semua hadirin pada malam itu 

Berbagai-bagai jenis juadah yang disediakan pada malam itu


Makan Time!

Happy Birthday Muhammad Putra Azzam

Buat julung-julung kalinya, PERMATA Bukit Peringgit membuka lembaran tahun 2011 dengan meraikan harijadi yang ke-2 tahun buat anak PERMATA baru kami, Muhammad Putra Azzam!... Walaupun baru 2 tahun, tapi petah bercakap.. macam budak besar...yang bestnya tue tiap kali waktu makan mesti jemput Ibu Laila makan sekali...alahai! Penuh budi bahasa Si kecil nie.....

Majlis harijadi Azzam diraikan dengan kawan-kawan di PERMATA, ditemani oleh keluarga Azzam. Kawan-kawan semua tidak sabar-sabar nak makan kek yang dibawa oleh keluarga Azzam. Kek Azzam kali ini, berbentuk nombor 2, simbolik kepada usia Azzam yang mencecah 2 tahun.

So Azzam!..macam biasalah lagu temanya yer;

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday, Happy Birthday
TO AZZAM!
Happy Birthday to You!!!!!! 

Semoga Azzam dapat menyesuaikan diri dengan baik di PERMATA kelak!


Azzam dengan kek nombor duanya, macam tak sabar nak tiup lilin jer Zam!

Azzam and Family!

Jumaat, 14 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua dari kami warga PAPN Bukit Peringgit Melaka. Di kesempatan ini kami dari warga PAPN Melaka memohon maaf  kerana kelambatan mengemaskini blogger ini kerana dengan kesibukan menguruskan kemasukan anak-anak didik yang baru untuk Tahun 2011 ini. 

Untuk pembukaan kelender tahun baru ini aktiviti yang pertama pada 3 Januari 2011 PAPN Bukit Peringgit Melaka menerima kedatangan anak-anak didik yang baru seramai 13 orang. Dengan kedatangan orang baru ini PAPN Melaka bakal "memeriahkan" lagi suasana di sini. Pendek kata membanting tulang kami pada minggu itu...bermacam-macam ragam yang ada....ada yg menangis....ada yg mengegarkan pagar untuk pulang....itulah gelagat mereka....penat....kami tahu PAPN yang lain pun macam itu jugakkan...oklah ini coretan yang dapat kami ceritakan...sampai kita berjumpa lagi...

Sesi Pendaftaran Kemasukan Anak-anak Tahun 2011
Inila gelagat anak-anak yang baru....

Jumaat, 17 Disember 2010

Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali ke-3 bagi tahun 2010

Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali ke-3 telah diadakan pada hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 12 Disember 2010. Majlis kali ini telah diadakan di Hotel Holiday Inn, Banda Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah. Seramai 9 orang anak-anak PERMATA diraikan untuk majlis konvokesyen pada tahun ini. Majlis yang bermula pada pukul 10 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu PERMATA oleh anak-anak PERMATA 2 hingga 4 tahun.

Anak-anak PERMATA bersemangat menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu PERMATA

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP) , Encik Mohd Iswadi bin Abdul Hamid dan Ketua Pendidik, Cik Khairun Miza binti Muhammad Fitri. Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat yang dijemput iaitu Tuan Haji Harun bin Mohd Dom, Pengerusi JKKK Peringgit sekaligus memukul gong tanda perasmian Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali ke-3 ini. Perasmian ini juga turut disaksikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Peringgit, merangkap sekolah angkat untuk PAPN Bukit Peringgit, Tuan Haji Ya'cob bin Othman.

Encik Mohd Iswadi bin abdul Hamid, Pengerusi PIBP
          Cik Khairun Miza binti Muhammad Fitri dan Tuan Haji Harun bin Mohd Dom memberikan ucapan masing-masing

Tetamu Kehormat, Tuan Haji Harun memukul gong sebagai tanda merasmikan Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali yang ke-3 untuk tahun 2010.

Seterusnya majlis dimulakan dengan persembahan pertama anak-anak PERMATA yang berumur 3 dan 4 tahun iaitu  "Fashion Show" bertemakan 1 Malaysia Anak-anak PERMATA memperagakan pakaian tradisional masyarakat di Malaysia terutamanya di Melaka termasuklah masyarakat Cina yang diperagakan oleh afiq Muaz danNur Atiqah Syuhaida,pakaian  Portugis diperagakan oleh Afif Fakhrullah dan Nurfarzana Nabihah, pakaian India yang diperagakan oleh Muhammad Haziq dan Iman Insyirah dan pakaian Melayu yang diperagakan oleh Muhammad Danish Asraf secara berpasangan diiringi dengan alunan muzik.
Anak-anak PERMATA dengan pakaian tradisional masing-masing
Setelah selesai anak-anak membuat pertunjukan 'Fashion Show', para bapa pula mengambil tempat masing-masing dan membuat persembahan 'Boria' yang senikatanya ikhlas ditujukan kepada warga kerja PAPN Bukit Peringgit sesi 2010. Persembahan bapa diketuai oleh Pengerusi PIBP sendiri, yang pakar membuat lawak sehingga tidak kering gusi hadirin yang hadir melihat kaletah para bapa di atas pentas. Slumber, best dan sporting!..itu perkataan yang sesuai untuk dikatakan untuk persembahan bapa ini.

      Persembahan 'Boria' yang diiringi muzik dari piano dan gitar yang turut dimainkan sendiri oleh para bapa PAPN Bukit Peringgit

Selesai persembahan bapa kini tiba ke acara kemuncak iaitu persembahan Tarian Pop YehYeh, Era-60 yang dianggotai oleh semua anak-anak 4 tahun yang tamat belajar pada tahun ini.Mereka menjalani latihan selama 2 minggu untuk mempersembahkan tarian ini kepada hadirin yang hadir untuk majlis ini. Dengan diiringi lagu "Siapakah Gerangan", anak-anak PERMATA ligat menari dengan aksesori masing-masing. Bergelek taknak kalah, dengan cermin mata hitam masing-masing. Para hadirin yang hadir amat terhibur dengan persembahan yang dilakukan. Anak-anak PERMATA 4 tahun amat membanggakan!

Anak-anak 4 tahun membuat persembahan menari 'Tarian Pop Yeh Yeh'

Tamat persembahan tersebut, kini tiba acara kemuncak, penyampaian Sijil dan hadiah-hadiah iringan kepada pada graduasi kecil ini yang disampaikan oleh tetamu kehormat kami. Anak-anak yang tamat belajar dan mendapat sijil adalah seperti berikut:

1) Muhammad Danish Asraf bin Mohd Noor Azli
2) Muhammad Haziq bin Asmadi
3) Muhammmad Aqmal bin Zailani
4) Muhammad Danish Muizzuddin bin Mubarak
5) Anis Ayuni binti Mohd Iswadi
6) Nurul HaniFarisha Umairah binti Mohd Redzuan
7) Muslihah binti Zullkeffly
8) Nur Asyiqin Durrani binti Abdul Ghani
9) Nur Atiqah Syuhaida binti Mohd Razali

Anugerah ibubapa cemerlang diberikan kepada:
- Encik Khairulnizam bin Yahya bapa Muhammad Afiq Muaz
-Encik Fadzil bin Abdul Aziz bapa Nurhannani Fitriyyah
-Encik Asmadi bin Jaapar bapa Muhammad Haziq
-Puan Hazamilah binti Yusoff ibu Nurhannani Fitriyyah
-Puan Hanizah binti Mohd Shariff ibu Anis Ayuni
-Puan Junaidah binti Muhd Shariff ibu Nurfarzana Nabihah
-Puan Halimatul Sa'diyah binti Abdul Hakam

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali ke-3 untuk sesi 2010.


Cuti-Cuti Malaysia!


Ibubapa dan anak-anak PERMATA tidak sabar-sabar untuk bermandi-manda di Melaka Wonderland ini yang telah diadakan pada 11 Disember 2010 yang lalu.Ibubapa dan anak-anak berkumpul seawal pukul 9.00 pagi di hadapan pintu masuk Melaka Wonderland dengan penuh semangat untuk mandi-manda. Kami mendapat harga istimewa untuk rombongan kali ini. Harga tiket yang dibayar adalah termasuk pakej makan tengahari dan semua keluarga boleh berada di sana selama mana yang mereka mahu. Untuk anak-anak PERMATA dan mereka yang berumur 6 tahun ke bawah perlu membayar harga tiket sebanyak RM20, anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun perlu membayar RM30 manakala orang dewasa sebanyak RM35.

Anak-anak PERMATA kelihatan begitu gembira bermain air. Ibubapa juga tidak ketinggalan melepaskan gian bermain air bersama anak masing-masing. Macam-macam karenah anak-anak yang dapat dilihat sepanjang kami berada di sana. Menggigil, tetapi tetap mahu bermain air.Ada juga yang terpaksa dikejar di dalam kolam air untuk dibawa naik kerana ibubapa sudah keletihan dan ingin pulang.

Sudah bersedia untuk bermandi-manda
Baby Aleesya Qaleeda pun nak mandi juga ekk...

Khamis, 9 Disember 2010

Warna-warni sebelum konvo....

Ha....ini semua gambar sebelum konvo....
Kalau nak tahu apa yang terjadi semasa Hari konvokesyen kelak, makanya anda semua kena tunggu dulu....
Sebabnya, konvokesyen anak-anak PERMATA Bukit peringgit akan berlangsung pada hari Ahad nanti, 12/12/2010...tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!







Anak-anak dan Pizza....


Cuti-cuti sekolah... makanya kami semua pun bersama-sama menganjurkan aktiviti santai iaitu "Anak-anak dan Pizza"...Kkeputusan sebulat suara dicapai untuk menjalankan aktiviti ini selepas berbincang dengan ibubapa.

Anak-anak diajak untuk membuat pizza sendiri. "Exticed" a.k.a "Teruja"!!! itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana dan mood anak-anak pada hari tersebut. Mereka tidak sabar-sabar untuk membuat pizza masing-masing. Apa yang paling penting, anak-anak ini tidak sabar-sabar lagi untuk merasa sendiri pizza buatan tangan masing-masing. 


Gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan;

Bahan-bahan untuk buat pizza



Bakar pizza tue Ibu Laila yer....

Ha.. dah siap! Jom makan ramai-ramai