Menu

Rabu, 11 Mei 2011

3 aktiviti sekaligus!

Assalamualaikum.... di sini saya menyusun sepuluh jari meminta maaf di atas kekhilafan saya yang sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi 3 aktiviti yang berlangsung di PAPN Bukit Peringgit. Jom Kita!


Aktiviti Pertama : Majlis Perasmian Program Intervensi Autisme NASOM, Melaka


Anak-anak PERMATA Bukit Peringgit mendapat jemputan daripada Pusat Autisme, Bukit Peringgit iaitu jiran kami untuk menghadirkan diri ke Majlis Perasmian Program Intervensi NASOM pada 21 April 2011 yang lalu. Majlis ini dirasmikan oleh isteri Perdama Menteri kita, Datin seri Rosmah Mansor.


Anak-anak PERMATA diberikan tugas khas iaitu...... berdiri di barisan hadapan untuk menyambut kedatangan Datin Seri Rosmah Mansor dan bersalaman dengan Datin Seri Rosmah Mansor. Satu pengalaman baru untuk anak-anak PERMATA. 



Aktiviti kedua : Aktiviti Bersama Bomba

Pada 26 April 2011 yang lalu, PAPN Bukit Peringgit dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP) Bukit Peringgit telah menjemput pihak bomba dari Balai Bomba , Jalan Kubu untuk datang ke PAPN untuk memberikan info kepada semua warga PAPN termasuk ibubapa tentang Latihan Pencegahan Kebakaran. Seramai 8 orang ahli bomba datang serba lengkap membawa sebuah jentera bomba dan 2 buah motosikal berkuasa besar.

Bukan kata anak-anak PERMATA sahaja yang teruja, pendidik dan ibubapa turut sama teruja melihat semua peralatan yang di bawa oleh bomba. Aktiviti dimulakan dengan ceramah tentang kebakaran yang diberikan oleh salah seorang ahli bomba menggunakan slaid dan dipertontonkan kepada semua hadirin yang datang. 


  
Aktiviti kedua adalah latihan pengosongan bangunan. Pihak bomba mula membunyikan siren, manakala para pendidik sedaya upaya bertungkus lumus mengumpulkan anak-anak PERMATA dan dibawa keluar dari bangunan secepat yang mungkin. Terjadilah beberapa kisah lucu semasa latihan pengosongan bangunan ini dilakukan. Dek kerana berdebar-debar melihat ahli bomba yang ramai, salah seorang anak PERMATA, Dubeis, 2 tahun telah termuntah pada Teacher Intan . Kesian Teacher Intan... Berlarilah Teacher Intan menukar seluar, manakala Ibu Laila pula sibuk membersihkan muntah Dubeis. Teacher Shila pula membawa Dubeis ke bilik air untuk membersihkan Dubeis. Sebaik sahaja siren berbunyi, anak-anak terkejut dan ada di antara mereka yang menangis ketakutan. Aduhai... macam-macam ragam... bila dikenang-kenang, kelakar pula. Ibubapa memberikan semangat kepada kami, para pendidik untuk melakukan aktiviti tersebut sebaik mungkin. Akhirnya, alhamdulillah!!!!!!.... LULUS!!!!!!



 Seterusnya, aktiviti pencegahan kebakaran dan cara-cara menggunakan pemadam api dengan betul . Kami semua berkumpul di kawasan lapang.Ahli bomba menunjukkan cara memadam kebakaran yang berpunca daripada tong gas, dan diikuti dengan cara menggunakan alat pemadam api dengan betul. Ibubapa, pendidik dan Uncle Samy diberi peluang untuk melakukannya sendiri. Satu pengalaman baru untuk kami semua.







 Ibubapa dan Pendidik diberikan pendedahan tentang cara untuk memadam kebakaran.

Selesai aktiviti tersebut, dengan ini secara rasminya, anak-anak PERMATA telah mendaftar menjadi ahli Kelab Bomba ... ' BOMBA CILIK'....


Anak-anak berpeluang untuk menyarung pakaian bomba





"MODEL BOMBA CILIK"

 Gambar kenangan bersama ahli-ahli bomba
'Terima kasih semua'


Aktiviti ketiga: PAPN OPEN DAY!!!!

Selesai aktiviti bersama bomba, acara diteruskan dengan "Hari Terbuka PERMATA" yang mana pada kali ini, kami warga pendidik dan pembantu pengurusan murid membuka 'pintu' seluas-luasnya kepada ibubapa untuk bersama-sama membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan anak-anak mereka sepanjang anak-anak mereka mengikuti program PERMATA ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang terlibat di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan semua program yang dianjurkan oleh pihak PAPN BUKIT PERINGGIT.


Teacher Shila bersama dengan Ibubapa Dubeis
Teacher Intan bersama dengan Ibubapa Ikhwan

Teacher Miza bersama dengan Ibubapa Ayie
Teacher Ina bersama dengan Ibubapa Irfan