Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua teman-teman dan rakan-rakan yang mengenali kami samada melalui perjumpaan secara fizikal maupun yang virtual. Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan dapat menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah serta dapat mendekatkan lagi diri kita kepadanya.
Selasa, 24 Ogos 2010
Majlis Berbuka Puasa di Hotel Permaisuri, Krubong
Persatuan Ibubapa dan Pendidik PAPN Bukit Peringgit telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Permaisuri, Krubong pada hari puasa yang ke-3 lalu.
MERDEKA!
Bulan Ogos datang lagi!!!!
Bulan Kemerdekaan!!!!!!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!!!!.....
53 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah anak-anakku
Carilah erti kemerdekaan..
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah anak-anakku
Carilah erti kemerdekaan..
Maka menjadi tanggungjawab kami pendidik PERMATA bersam dengan ibubapa anak-anak PERMATA untuk menyemai rasa cinta anak-anak terhadap tanah air tercinta...'MALAYSIA'.... Jesteru kami telah sebulat suara bersetuju menghias dan menggantungkan pelbagai saiz bendera di sekeliling PERMATA Bukit Peringgit sebagai tanda kami semua meraikan dan menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi hingga kini.
Ibubapa bersemangat menghias PERMATA!!!!
Hias!... jangan tak hias!
Para ibu mengecat cawan untuk dibuat 'wording' MERDEKA manakala para bapa sibuk menggantung kincir angin 'MERDEKA'!
Gantung! Jangan tak gantung.....
Cantik tak PERMATA kami?....
Jumaat, 6 Ogos 2010
Lawatan ke Taman Rama-Rama
Pada 28 Julai yang lalu bersempena dengan tema 'Haiwan', Persatuan Ibubapa dan Pendidik PAPN Bukit Peringgit sebulat suara bersetuju untuk mengadakan lawatan dan membawa anak-anak PERMATA ke Taman Rama-Rama untuk melihat dan meneroka sendiri rama-rama secara dekat.
Kami semua berkumpul seawal pukul 9.00 pagi di ruang hadapan Taman Rama-Rama sambil menantikan rakan-rakan yang lain tiba kerana ibubapa memilih untuk menaiki kenderaan sendiri untuk lawatan kali ini. Setelah semua ada, pendidik dan ibubapa mengadakan "MORNING CYCLE" sebagai aktiviti '"pemanas badan" untuk anak-anak. Anak-anak kelihatan bersemangat semasa melakukan aktiviti 'Morning Cycle' dan tidak sabar untuk masuk ke Taman Rama-Rama tersebut.
Ibubapa berkumpul sementara
menantikan rakan-rakan yang lain
Kemudian diikuti pula dengan aktiviti "Morning Cycle"
Selesai menguruskan tiket, anak-anak mula dibawa masuk oleh ibubapa masing-masing untuk memulakan ekspedisi menjejaki rama-rama oleh 'tour guide' Taman Rama-Rama.... Rupa-rupanya, bukan hanya ada rama-rama di sana, malahan terdapat pelbagai jenis haiwan yang dipamerkan di sana. Ada iguana, ular sawa, harimau bintang, buaya, ikan arapaima, monyet dan macam-macam lagi... Aduhai! Best sangat sebab semua boleh dilihat secara dekat dan melihat sendiri Ikan Arapaima diberi makanan.
Untuk lawatan kali ini, anak-anak PERMATA diberikan pakej permainan iaitu 'Mencari harta karun' oleh pihak Taman Rama-Rama. Berebut-rebut ibubapa dan anak-anak PERMATA mengumpulkan harta karun masing-masing. Setelah itu, pihak Taman Rama-Rama mengadakan kuiz untuk menentukan pemenangnya.
Airiel!...Rama-rama kat baju Teacher Miza tue....
Siamang....elok-elok Anis!
Bergambar di kolam Ikan Koi
Kuiz!...selepas penat mencari harta karun
Selesai lawatan di Taman Rama-Rama, kami semua sepakat untuk berkumpul menjamu selera@ makan tengahari di Dataran Ayer Keroh. Kami berkelah di sana Tikar-tikar dibentangkan, makanan dihidang dan sama-sama menjamu selera . Makanan yang dibawa adalah secara kongsi oleh ibubapa Mereka sepakat untuk membawa makanan yang berlainan dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak kerana apabila digabungkan, makanan pada tengahari itu menjadi banyak. Penat kaki berjalan, letih mulut mengunyah dan akhirnya.... semua kekenyangan!
Aktiviti pada hari tersebut tamat lebih kurang pukul 2.00 petang setelah selesai menegmas semula tempat yang digunakan untuk berkelah tadi.
Anak-anak PERMATA...
Bentang... jangan tak bentang tikar tu....
Happy Birthday Afiq Muaz
Happy Birthday Afiq Muaz!
Selamat hari jadi yang ke-3 tahun buat dirimu yg istimewa....
Semoga tahun ini memberi sinar kegembiraan dan kebahagian......dan semoga menjadi anak yang baik dan soleh pada kedua-dua orang tuamu....BEN-10...Kek harijadi Afiq Muaz
Ayah Afiq sedang menyalakan lilin pada kek...
Potong... jangan tak potong
Afiq... jangan makan sorang... Quezairi dah tunggu tu...
Langgan:
Catatan (Atom)