Menu

Sabtu, 29 Mei 2010

Lawatan daripada Association For Early Childhood Educators (Singapura)

Pada 21/04/2010 yang lalu, PAPN Bukit Peringgit telah menerima Lawatan Kerja daripada Kakitangan Association For Early Childhood Educators (Singapura) seramai 26 orang yang berlangsung lebih 2 jam di sini. Lawatan kerja ini memberikan fokus pada  pendidikan awal kanak-kanak yang dijalankan di Malaysia dan mengambil contoh cara perlaksaana pengurusan dan pendidikan anak-anak PERMATA Bukit Peringgit ini.

Para peserta telah diberi penerangan oleh Encik Mohd Zamri bin Mohd Esa, Penolong Setiausaha Kanan bagi program PERMATA ini tentang sejarah dan pengurusan di PERMATA manakala Puan Audrey Lee, mentor di PAPN Bukit Peringgit pula menerangkan mengenai cara pembelajaran dan modul yang digunapakai di semua PAPN di seluruh negara dengan mengambil contoh pengurusan pendidikan di PAPN Bukit Peringgit.

Detik-detik yang sempat dirakam sepanjang aktiviti berlangsung: 


Penerangan sedang diberikan oleh En.Zamri

Para peserta sedang kusyuk mendengar penerangan dari En.Zamri dan Puan Audrey.


Giliran Puan Audrey pula memberikan penerangan tentang Modul PERMATA.














Gambar kenangan sebelum lawatan tamat

UPSI datang melawat kami...

Lawatan Kerja daripada Kakitangan Taska PERMATA UPSI dan pihak pentadbiran Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris seramai 20 orang pada 19/04/2010 yang lalu telah dialu-alukan ke PERMATA Bukit Peringgit.

Lawatan yang memakan masa 2 jam ini telah berjalan dengan lancar yang mana setiap peserta telah diberikan pendedahan dan penerangan oleh Ketua Pendidik, Cik Khairun Miza Muhammad Fitri tentang sejarah dan aktiviti yang berjalan di PAPN Bukit Peringgit. Para peserta juga dibawa untuk melawat kawasan persekitaran PAPN Bukit Peringgit dan melihat sendiri aktiviti yang dijalankan bersama-sama dengan anak-anak PERMATA di sini.


Alhamdulillah!...Semuanya berjalan dengan lancar, dan paling membanggakan apabila semua anak-anak PERMATA sendiri mengalu-alukan kedatangan pelawat dan telah memberikan persembahan yang terbaik sepanjang sesi lawatan diadakan.....

                                 Berbincang tentang hiasan dinding di bilik kuarantin

                                  Melayan anak-anak PERMATA menjamu selera


                                 Ketua pendidik sedang memberi penerangan kepada peserta


                                 Sempat berbual dengan anak-anak PERMATA


                                Jom!..kita ronda-ronda..

Majlis Harijadi Nabihah....

Salam....
Alhamdulillah... selesai juga akhirnya Majlis Harijadi Nabihah yang ke-3 tahun. Nabihah merupakan anak PERMATA yang baru mendaftar pada tahun 2010 ini, dan sesungguhnya Nabihah sudah pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran di PERMATA Bukit Peringgit ini.

Oleh yang demikian, ibubapa Nabihah dengan kerjasama warga dan anak-anak PERMATA telah mengadakan "suprise birthdah party" kepada Nabihah di atas kejayaan Nabihah dan perkembangan yang baik ditunjukkan oleh Nabihah.

Untuk Nabihah ataupun NURFARZANA NABIHAH BINTI IRME.....


"Selamat Hari Lahir yang ke-3, moga dirimu dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, menjadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang".... 


                                cantik kek Biha....

Ahad, 2 Mei 2010

Dalam Kenangan!....

Guru-Guru Praktikal KPLI PERMATA
(Siri 1)


Anak-anak PERMATA 4 tahun bersama Puan Norshila Md Nor dan Puan Rasyidah Tayit


Anak-anak PERMATA 3 tahun bersama Cik Noor azila Fadzin dan Cik Putrishatila Mahmud


Anak-anak PERMATA 2 & 1 tahun bersama Cik Khairun Miza Muhammad Fitri dan
Puan Wan Mariam Wan Mohd Noor.

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat & Majlis Perpisahan Bersama Guru KPLI, PERMATA Siri-1

Pada hari Rabu bersamaan  14 April 2010 yang lalu, PAPN Bukit Peringgit telah mengadakan 2 majlis serentak yang melibatkan semua warga PAPN Bukit Peringgit yang terdiri daripada pendidik, ibubapa dan guru praktikal KPLI PERMATA Siri-1 iaitu Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat & Majlis Perpisahan Bersama Guru KPLI, PERMATA Siri-1. Majlis yang diadakan dirasakan amat bersesuaian dengan tema bulan April iaitu "DERIA" dan kami semua sebulat suara bersetuju untuk mengadakan aktiviti "makan-makan" sebagai memenuhi ciri salah satu deria yang ada pada manusia iaitu deria rasa.

Serentak dengan itu, memandangkan Guru Praktikal yang berkhidmat di PERMATA akan mengakhiri latihan mereka pada 16 April 2010, Persatuan Ibubapa dan Pendidik(PIBP) Bukit Peringgit ingin mengadakan satu majlis perpisahan sebagai menghargai jasa guru-guru praktikal ini sepanjang mereka mencurahkan bakti mengajar anak-anak PERMATA selama 3 bulan.

Majlis berlangsung pada pukul 7.00 malam bermula dengan Solat Maghrib beramai-ramai, diikuti dengan Bacaan Yassin dan Doa Selamat dan diakhiri dengan Solat Isyak beramai-ramai. Setelah itu, pendidik PERMATA mengambilalih dengan meneruskan kepada Majlis Perpisahan Bersama Guru KPLI, PERMATA Siri-1. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Pengerusi PIBP, Encik Mohd Iswadi bin Abdul Hamid, diikuti dengan ucapan penghargaan daripada Ketua Pendidik, Cik Khairun Miza binti Muhammad Fitri dan akhir sekali ucapan daripada wakil guru praktikal KPLI, Puan Wan Mariam binti Wan Mohamad Noor.

Semua guru praktikal KPLI PERMATA, siri-1 telah menerima hadiah daripada pihak PIBP dan ibubapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana tidak jemu melayan karenah anak-anak PERMATA dan sering memberikan kerjsama yang baik sepanjang menjalani latihan praktikal di sini. Acara "makan-makan" merupakan acara terakhir sebagai penutup majlis pada hari tersebut.


Laungan azan dan solat Maghrib beramai-ramai


Para ibubapa yang menghadirkan diri pada malam itu


Guru-guru KPLI menerima cenderahati dari PIBP yang disampaikan oleh
Pengerusi Persatuan, Encik Mohd Iswadi bin Abdul Hamid

Beraneka makanan yang disajikan pada malam itu....


JOM!....kita menjamu selera

Salam Rindu

Assalamualaikum....

Akhirnya.... dapat juga saya mencoretkan sesuatu pada blog kali ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana tidak mengemaskini blog PERMATA Bukit Peringgit sehingga hari ini. Kekangan masa yang dihadapi menyebabkan saya hampir terlupa akan blog ini.

Urm...cukuplah saya mengomel. Mari kita teruskan kepada perkara pokok untuk isu kali ini. Bulan April merupakan bulan yang paling sibuk untuk suku tahun pertama tahun 2010. setelah ditolak, dicampur, di darad dan dibahagi....hasilnya, terdapat 4 acara yang berlangsung di PERMATA Bukit Peringgit sepanjang bulan April iaitu:

1) Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat kali ke-2 dan Majlis Perpisahan bersama Guru KPLI pada 14/04/2010.

2) Lawatan Kerja daripada Kakitangan Taska PERMATA UPSI dan pihak pentadbiran Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris seramai 20 orang pada 19/04/2010.

3) Majlis Harijadi yang ke-3 tahun salah seorang anak PERMATA pada 20/04/2010.

4) Lawatan Kerja daripada Kakitangan Association For Early Childhood Educators (Singapura) seramai 26 orang pada 21/04/2010

Alhamdulillah, semua acara berlangsung dengan baik dan selamat!...