Salam...
Pada 27 Mac 2010 (Sabtu), berlangsungnya aktiviti sukaneka bersama para ibubapa, anak-anak Permata, para pendidik dan juga guru-guru KPLI yang turut sama memeriahkan aktiviti di Pusat Anak Permata Negara Bukit Peringgit, Melaka.
Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi akhirnya aktiviti yang telah dirancang setelah sekian lama terlaksana baru-baru ini. Ucapan penghargaan buat para ibubapa yang telah menjayakan aktiviti ini dengan sokongan padu dan tidak berbelah bagi.
Pada hari tersebut, kami memulakan majlis seawal jam 8 pagi dengan nyanyian "Lagu Negaraku","Lagu Permata","Lagu 1 Malaysia" dan "Ikrar Rukun Negara". Ini diikuti dengan aktiviti senaman pagi melalui lagu "Doraemon" dan "Chicken Dance". Untuk Makluman semua, seramai 18 buah keluarga anak-anak Permata turut serta dalam aktiviti ini dari 23 orang anak-anak Permata yang berdaftar. Baki 5 orang lagi tidak dapat hadir disebabkan hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan.Tetapi ada di antara ibubapa yang tidak menghadirkan diri dalam aktiviti di Permata telah menyiapkan bahagian masing-masing untuk "Aktiviti Menghias Taska Saya" dan juga telah menggantikannya dengan membuat "Aktiviti Bersama-sama Anak Permata" pada hari biasa sebelum aktiviti besar dijalankan. Sememangnya di Permata para ibubapa perlu mencukupkan 4 jam sebulan sebagai "Penglibatan Ibubapa".
Aktiviti kali ini, kami mendapat bantuan daripada guru-guru KPLI (IPGM Kuala Lumpur) untuk menguruskan tentatif program dan penyediaan barang-barang yang diperlukan dalam sukaneka tersebut dan dibantu oleh pendidik-pendidik di Papn Bukit Peringgit sendiri.
Selasa, 30 Mac 2010
Selasa, 23 Mac 2010
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....
Sebagai pembuka bicara, kami warga pendidik di PAPN Bukit Peringgit ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini "Blog" kami ini bagi tatapan umum berikutan kekangan masa yang kurang mengizinkan. Untuk makluman semua, PAPN Bukit Peringgit sebelum ini kekurangan tenaga pendidik kerana salah seorang pendidik di sini telah selamat melahirkan anak (cuti bersalin). Walaubagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada pihak "HQ" kerana telah memberikan kami seorang guru ganti dari PAPN Pasir Mas.
Perjalanan PAPN Bukit Peringgit setakat hari ini lancar. Untuk info terkini, jumlah kanak-kanak di sini ialah seramai 23 orang kanak-kanak, dan tenaga pendidik seramai 2 orang pendidik tetap dan seorang pendidik gantian (akan ke PAPN Felda Tenggaroh 2) tidak lama lagi. Manakala aktiviti-aktiviti / program yang akan dijalankan di Permata Melaka pada bulan ini adalah Aktiviti Sukaneka dan Aktiviti Menghias Taska saya. Aktiviti-aktiviti tersebut akan dijalankan pada hari yang sama iaitu Aktiviti Sukaneka (di Padang Rumah Nur)pada sebelah pagi manakala aktiviti menghias taska saya (di Permata) akan dijalankan pada sebelah petang. Selepas mendapat kata sepakat dari Persatuan Ibubapa dan pendidik di sini, kami memilih tarikh 27 Mac 2010 bagi melaksanakan kedua-dua aktiviti tersebut.
Besarlah harapan kami warga pendidik di sini, agar semua aktiviti yang akan dijalankan oleh Permata Melaka mendapat sambutan yang baik dari pihak ibubapa sendiri yang akan memberikan komitmen yang penuh disertakan dengan daya usaha yang bersungguh-sungguh untuk membentuk anak-anak Permata yang cemerlang dari pelbagai aspek kehidupan di masa hadapan dan bukan menganggap rasa tanggungjawab itu hanya terletak di bahu pendidik semata-mata. Akhir kata, semoga segala-galanya akan berjalan dengan lancar insyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)