Sempena sambutan Hari Ibu, Bapa dan Guru PAPN Bukit Peringgit telah mengatur dan membuat perancangan untuk ibubapa dan anak-anak Permata Bukit Peringgit.
Program kali ini agak unik kerana AJK tetap telah bersetuju menggabungkan sambutan hari istimewa tersebut menjadi satu program sahaja.
Setelah mendapat persetujuan para pendidik dan ibubapa yang lain maka langkah seterusnya adalah menjayakan gabungan hari-hari istimewa tersebut menjadi
Hari Ibu, Bapa, Guru dan Keluarga PAPN Bukit Peringgit 2013.
Oleh kerana, program ini merupakan gabungan hari-hari istimewa maka AJK program terlibat telah mencari dan mengesan sebuah lokasi yang agak menarik iaitu sebuah homestay di perkampungan Alai dinamakan D' ALAI Homestay.
Admin dan AJK program menemui homestay ini agak menarik kerana mempunyai fasiliti yang bersesuaian dengan acara yang akan dijalankan nanti. Atas persetujuan bersama AJK, pendidik dan ibubapa yang lain lokasi ini telah dipilih.
Disini admin share sedikit gambar
site visit pada 12hb May 2013.
Ada lagi fasiliti yang mana admin tidak berkesempatan mengambil gambar kerana berbincang dengan housekeeper D' ALAI tentang program dan bayaran.
Pada hari kejadian pula, jom kita lihat apa aktiviti dan acara yang dijalankan sepanjang seharian di sini. Ada 2 sesi iaitu sesi waktu siang dan sesi waktu malam.
Share sikit.... :)
|
Ketibaan teacher dan warga PAPN Bukit Peringgit |
|
berderet kenderaan warga PAPN
datang beri sokongan |
|
mama nasuha mencatat kedatangan warga PAPN |
SESI 1
Acara #1 : Permainan Congkak
ada hadiah untuk pemenang utama tapi bukan menang motor, hahaha....
|
masing-masing berusaha untuk menang acara congkak |
|
Teacher Wan lawan Teacher Amy
acara permainan congkak |
|
ibu-ibu sibuk berusaha untuk menang
dalam acara permainan congkak |
Acara #2: Mewarna
kategori terbuka anak-anak warga PAPN dan yang hadir
|
anak-anak mengambil peralatan mewarna |
|
anak-anak mewarna, para ibu bermain congkak |
Acara #3: Jejak Kampung
acara khas
Bagi acara Jejak Kampung, ianya dirancangkan khusus untuk para bapa dan Ketua Pendidik PAPN Bukit Peringgit sahaja. Setiap peserta akan menunggang basikal yang disediakan dan perlu ke beberapa checkpoint yang ditetapkan AJK bagi memenuhi task iaitu membeli barangan mengikut senarai yang disediakan. Antara barangan tersebut merupakan Coconut Shake, Dodol, Bahulu, Gula 1kg dan Ais batu.
Bagi peserta yang tiba dahulu dengan barangan yang lengkap sebanyak 5 jenis, dikira sebagai pemenang.
|
peta lokasi dan checkpoint 'jejak kampung' |
|
aksi para bapa mengayuh basikal,
papa adam bersungguh-sungguh kayuh |
|
ketibaan peserta jejak kampung |
|
papa adam antara peserta terlewat |
|
papa yaya, peserta terawal |
|
papa adriana pun terlewat |
|
dah menang, minum coconut shake yang dibeli |
|
mama nasuha juri utama yang menentukan pemenang |
Admin terlepas kesempatan untuk mengambil gambar teacher Wan yang menjadi mangsa kerosakkan pedal basikal. Kesian teacher terpaksa berjalan menolak basikal tetapi tetap jaya menghabiskan task acara jejak kampung. Barulah semangat !!!...
Apapun, acara ini bukanlah ingin membebankan para bapa kerana terpaksa membeli beberapa barangan. Ianya bertujuan memperkenalkan kampung Alai dan usahawan IKS tempatan yang berada di dalam kampung tersebut. Sehubungan itu juga, secara tidak langsung memperkenalkan warga PAPN kepada penduduk kampung dan pengusaha tempatan. Mana tahu mungkin ada para bapa yang berminat menjadi usahawan bahulu suatu masa nanti, rezeki...
Acara #4 iaitu Ayat Bikin Panas
Acara ini merupakan acara khas untuk anak-anak. AJK memberikan sebaris ayat mudah kepada ibu. Ibu pula akan bisik kepada anak-anak didalam kumpulan masing-masing.
Pemenang ditentukan dengan cara anak PAPN menyebutkan semula baris ayat yang betul...
#5 Kail Panjang Sejengkal.
Merupakan acara terakhir pada petang itu. Peserta dikalangan bapa-bapa PAPN diberi 1minit untuk mengutip seberapa banyak guli yang berada di dalam kolam.
Tapi admin tengok, belum sempat admin tabur guli ke dalam kolam para bapa sudah terjun masuk kerana excited lebih, memang kelakar tengok aksi bapa yang keanak-anakan.
Selepas para bapa mengutip guli, giliran para ibu pula masuk ke dalam kolam di belakang BBQ pit untuk mengutip siput yang ditaburkan ke dalam kolam. Gelagat para ibu lebih riuh dari bapa kerana terpaksa berendam ke dalam kolam dan mengutip siput. Admin lihat ada yang sanggup menyelam, ada juga yang terjerit minta bantuan anak-anak kutip, memang kelakar...
Sepanjang program pada petang itu, anak-anak PAPN diceriakan lagi dengan kemunculan Mingomingo, aiskrim putar didalam kon. Setiap warga PAPN diberikan kupon khas untuk membeli aiskrim tersebut.
Dibawah sekitar ketibaan MingoMingo aiskrim ke lokasi kami.
|
MingoMingo aiskrim dah sampai |
|
muka-muka tak sabar nak aiskrim |
|
ada juga yang masih tak sedar ketibaan MingoMingo aiskrim |
|
anak-anak diminta beratur sebelum diberi kupon |
|
ceriannya menanti aiskrim siap |
Sementara menanti waktu malam, acara bebas dan santai bagi warga PAPN menikmati kolam mandi dan melepak sahaja untuk merehatkan badan setelah seharian menjalankan aktiviti. Ada yang masuk kolam, ada juga yang menikmati minum petang di luar perkarangan blok utama.
|
minum petang disediakan AJK |
|
bapa-bapa melepak berehat sebentar |
SESI 2
Acara #6: Kotak Beracun dan Persembahan anak-anak Permata
Sempena sambutan Hari Ibu, Bapa dan Guru, acara dijalankan waktu malam di dewan terbuka D' ALAI Homestay diiringi alunan musik dengan hidangan makan malam iaitu nasi campur dan BBQ ikan, kupang dan udang.
Selepas masing-masing menjamu selera, acara dimulakan dengan permainan kotak beracun. Tiada siapa terkecuali.
Kemudian, disusuli dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara petang tadi dan hadiah sempena hari Ibu,Bapa dan Guru.
Seterusnya, persembahan anak-anak Permata yang menyanyikan lagu bagi menghiburkan para parents sambil menjamu selera...
|
anak-anak Permata yang membuat persembahan |
|
parents menikmati persembahan anak-anak Permata |
Admin bagi pihak warga PIBP mengucapkan terimakasih kepada En. Roslan kerana sudi meminjamkan sistem PA dan menjadi deejay yang banyak menceriakan suasana pada malam tersebut, terutamanya rambut palsu afro yang perlu dipakai sewaktu permainan kotak beracun.
Sekitar program semua menyatakan rasa puas hati dengan acara dan program pada kali ini. Pemilihan lokasi dan fasiliti yang disediakan AJK tertinggi program merupakan antara komen terbaik yang diterima.
Melihat aksi dan keceriaan anak -anak sepanjang program berlansung adalah tidak ternilai. Diharap pada tahun hadapan, PAPN Bukit Peringgit boleh menjayakan program yang lebih baik dengan pelbagai acara untuk ibubapa, pendidik dan anak-anak warga PAPN.