Menu

Jumaat, 17 Disember 2010

Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali ke-3 bagi tahun 2010

Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali ke-3 telah diadakan pada hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 12 Disember 2010. Majlis kali ini telah diadakan di Hotel Holiday Inn, Banda Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah. Seramai 9 orang anak-anak PERMATA diraikan untuk majlis konvokesyen pada tahun ini. Majlis yang bermula pada pukul 10 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu PERMATA oleh anak-anak PERMATA 2 hingga 4 tahun.

Anak-anak PERMATA bersemangat menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu PERMATA

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP) , Encik Mohd Iswadi bin Abdul Hamid dan Ketua Pendidik, Cik Khairun Miza binti Muhammad Fitri. Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat yang dijemput iaitu Tuan Haji Harun bin Mohd Dom, Pengerusi JKKK Peringgit sekaligus memukul gong tanda perasmian Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali ke-3 ini. Perasmian ini juga turut disaksikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Peringgit, merangkap sekolah angkat untuk PAPN Bukit Peringgit, Tuan Haji Ya'cob bin Othman.

Encik Mohd Iswadi bin abdul Hamid, Pengerusi PIBP
          Cik Khairun Miza binti Muhammad Fitri dan Tuan Haji Harun bin Mohd Dom memberikan ucapan masing-masing

Tetamu Kehormat, Tuan Haji Harun memukul gong sebagai tanda merasmikan Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali yang ke-3 untuk tahun 2010.

Seterusnya majlis dimulakan dengan persembahan pertama anak-anak PERMATA yang berumur 3 dan 4 tahun iaitu  "Fashion Show" bertemakan 1 Malaysia Anak-anak PERMATA memperagakan pakaian tradisional masyarakat di Malaysia terutamanya di Melaka termasuklah masyarakat Cina yang diperagakan oleh afiq Muaz danNur Atiqah Syuhaida,pakaian  Portugis diperagakan oleh Afif Fakhrullah dan Nurfarzana Nabihah, pakaian India yang diperagakan oleh Muhammad Haziq dan Iman Insyirah dan pakaian Melayu yang diperagakan oleh Muhammad Danish Asraf secara berpasangan diiringi dengan alunan muzik.
Anak-anak PERMATA dengan pakaian tradisional masing-masing
Setelah selesai anak-anak membuat pertunjukan 'Fashion Show', para bapa pula mengambil tempat masing-masing dan membuat persembahan 'Boria' yang senikatanya ikhlas ditujukan kepada warga kerja PAPN Bukit Peringgit sesi 2010. Persembahan bapa diketuai oleh Pengerusi PIBP sendiri, yang pakar membuat lawak sehingga tidak kering gusi hadirin yang hadir melihat kaletah para bapa di atas pentas. Slumber, best dan sporting!..itu perkataan yang sesuai untuk dikatakan untuk persembahan bapa ini.

      Persembahan 'Boria' yang diiringi muzik dari piano dan gitar yang turut dimainkan sendiri oleh para bapa PAPN Bukit Peringgit

Selesai persembahan bapa kini tiba ke acara kemuncak iaitu persembahan Tarian Pop YehYeh, Era-60 yang dianggotai oleh semua anak-anak 4 tahun yang tamat belajar pada tahun ini.Mereka menjalani latihan selama 2 minggu untuk mempersembahkan tarian ini kepada hadirin yang hadir untuk majlis ini. Dengan diiringi lagu "Siapakah Gerangan", anak-anak PERMATA ligat menari dengan aksesori masing-masing. Bergelek taknak kalah, dengan cermin mata hitam masing-masing. Para hadirin yang hadir amat terhibur dengan persembahan yang dilakukan. Anak-anak PERMATA 4 tahun amat membanggakan!

Anak-anak 4 tahun membuat persembahan menari 'Tarian Pop Yeh Yeh'

Tamat persembahan tersebut, kini tiba acara kemuncak, penyampaian Sijil dan hadiah-hadiah iringan kepada pada graduasi kecil ini yang disampaikan oleh tetamu kehormat kami. Anak-anak yang tamat belajar dan mendapat sijil adalah seperti berikut:

1) Muhammad Danish Asraf bin Mohd Noor Azli
2) Muhammad Haziq bin Asmadi
3) Muhammmad Aqmal bin Zailani
4) Muhammad Danish Muizzuddin bin Mubarak
5) Anis Ayuni binti Mohd Iswadi
6) Nurul HaniFarisha Umairah binti Mohd Redzuan
7) Muslihah binti Zullkeffly
8) Nur Asyiqin Durrani binti Abdul Ghani
9) Nur Atiqah Syuhaida binti Mohd Razali

Anugerah ibubapa cemerlang diberikan kepada:
- Encik Khairulnizam bin Yahya bapa Muhammad Afiq Muaz
-Encik Fadzil bin Abdul Aziz bapa Nurhannani Fitriyyah
-Encik Asmadi bin Jaapar bapa Muhammad Haziq
-Puan Hazamilah binti Yusoff ibu Nurhannani Fitriyyah
-Puan Hanizah binti Mohd Shariff ibu Anis Ayuni
-Puan Junaidah binti Muhd Shariff ibu Nurfarzana Nabihah
-Puan Halimatul Sa'diyah binti Abdul Hakam

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Majlis Konvokesyen PAPN Bukit Peringgit kali ke-3 untuk sesi 2010.


Cuti-Cuti Malaysia!


Ibubapa dan anak-anak PERMATA tidak sabar-sabar untuk bermandi-manda di Melaka Wonderland ini yang telah diadakan pada 11 Disember 2010 yang lalu.Ibubapa dan anak-anak berkumpul seawal pukul 9.00 pagi di hadapan pintu masuk Melaka Wonderland dengan penuh semangat untuk mandi-manda. Kami mendapat harga istimewa untuk rombongan kali ini. Harga tiket yang dibayar adalah termasuk pakej makan tengahari dan semua keluarga boleh berada di sana selama mana yang mereka mahu. Untuk anak-anak PERMATA dan mereka yang berumur 6 tahun ke bawah perlu membayar harga tiket sebanyak RM20, anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun perlu membayar RM30 manakala orang dewasa sebanyak RM35.

Anak-anak PERMATA kelihatan begitu gembira bermain air. Ibubapa juga tidak ketinggalan melepaskan gian bermain air bersama anak masing-masing. Macam-macam karenah anak-anak yang dapat dilihat sepanjang kami berada di sana. Menggigil, tetapi tetap mahu bermain air.Ada juga yang terpaksa dikejar di dalam kolam air untuk dibawa naik kerana ibubapa sudah keletihan dan ingin pulang.

Sudah bersedia untuk bermandi-manda
Baby Aleesya Qaleeda pun nak mandi juga ekk...

Khamis, 9 Disember 2010

Warna-warni sebelum konvo....

Ha....ini semua gambar sebelum konvo....
Kalau nak tahu apa yang terjadi semasa Hari konvokesyen kelak, makanya anda semua kena tunggu dulu....
Sebabnya, konvokesyen anak-anak PERMATA Bukit peringgit akan berlangsung pada hari Ahad nanti, 12/12/2010...tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!







Anak-anak dan Pizza....


Cuti-cuti sekolah... makanya kami semua pun bersama-sama menganjurkan aktiviti santai iaitu "Anak-anak dan Pizza"...Kkeputusan sebulat suara dicapai untuk menjalankan aktiviti ini selepas berbincang dengan ibubapa.

Anak-anak diajak untuk membuat pizza sendiri. "Exticed" a.k.a "Teruja"!!! itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana dan mood anak-anak pada hari tersebut. Mereka tidak sabar-sabar untuk membuat pizza masing-masing. Apa yang paling penting, anak-anak ini tidak sabar-sabar lagi untuk merasa sendiri pizza buatan tangan masing-masing. 


Gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan;

Bahan-bahan untuk buat pizza



Bakar pizza tue Ibu Laila yer....

Ha.. dah siap! Jom makan ramai-ramai

Isnin, 8 November 2010

Lawatan ke PAPN Bukit Peringgit

Pada 01 November 2010 yang lalu, kumpulan pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) PERMATA ambilan Jun 2010 dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Melayu menagdakan lawatan ke PAPN Bukit Peringgit, Melaka.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memenuhi salah satu komponen sukatan pelajaran kursus KPLI (PERMATA). Melalui program lawatan ini diharapkan dapat menambah pengetahuan pelajar serta menjalankan beberapa tugasan yang berkaitan dengan PAPN yang terdapat dalam sukatan pelajaran kursus PERMATA.

Rombongan kali ini, membawa 25 orang peserta KPLI PERMATA dan diiringi oleh seorang pensyarah iaitu, Encik Ayob. Mereka tiba di PAPN Bukit Peringgit pada pukul 10.00 pagi ketika anak-anak PERMATA sedang menikmati minum pagi mereka. Para peserta terus menjalankan tugasan mereka sambil mendapat penerangan sedikit sebanyak tentang PAPN Bukit Peringgit ini daripada Teacher Miza, Teacher Ina dan Teacher Shila.
Lawatan kali ini, diakhiri dengan ucapan terima kasih dan cenderahati daripada Encik Ayob kepada Teacher Miza , selaku wakil PAPN Bukit Peringgit dan ditutup dengan sesi bergambar beramai-ramai. Lawatan tamat pada pukul 1.00 petang.

Sejenak bersama peserta KPLI PERMATA Siri ke-2;

Puan Mahanom yang kebetulan datang ke PAPN untuk menyelia pelajar praktikal, KEMAS

Airiel, si kecil yang sering menjadi perhatian

 Anak-anak 4 tahun sedang mencuba aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh para pelajar KPLI .


 Sesi bergambar sebelum lawatan tamat.

Lawatan ke Rumah Sri Kenangan, Cheng

Bertemakan "Alam Sekeliling dan Komuniti" untuk bulan Oktober yang lalu, Persatuan Ibubapa & Pendidik, PAPN Bukit Peringgit sebulat suara bersetuju untuk mengadakan lawatan ke Rumah Sri Kenangan, Cheng, Melaka. Rumah Sri Kenangan ini merupakan salah sebuah rumah yang menempatkan warga tua di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.  

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada Anak PERMATA PAPN Bukit Peringgit tentang warga tua yang tidak mempunyai tempat tinggal dan sekaligus memupuk rasa kasih sayang dan hormat anak-anak ini kepada warga tua. untuk warga tua pula, harapannya kunjungan kami kali ini dapat mengubat rindu mereka terhadap kaum keluarga sendiri. Melihat anak-anak kecil PERMATA, seolah-olah melihat cucu sendiri.

Menyaksikan kehidupan sekumpulan warga tua yang menetap di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka benar-benar membuka minda tentang bagaimana pentingnya ibu-bapa dalam kehidupan kita. Benar kata pepatah, ibu mampu untuk menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum mampu untuk menjaga seorang ibu.

Besar harapan kami, para pendidik PAPN Bukit Peringgit, Melaka agar anak-anak kami ini kelak tidak akan menjadi salah seorang individu yang akan menghantar ibubapa mereka ke sini. Moga anak-anak kami akan mencurah bakti dan kasih sayang mereka terhadap ibubapa masing-masing sehinggalah ibubapa mereka menutup mata.

Sebelum kami mengakhiri lawatan pada hari tersebut, anak-anak PERMATA telah membuat persembahan iaitu menyanyikan 3 buah lagu ditujukan khas untuk 'datuk dan nenek' mereka. Lagu yang dinyanyikan adalah lagu PERMATA, UMMIKU SAYANG dan SEBUAH RUMAH DI DALAM HUTAN.

Anak-anak PERMATA  bersama salah seorang penghuni Rumah Sri Kenangan, Cheng



KASIH IBUBAPA

Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa

Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai rang muda janganlah lupa

Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa

Balasan di dunia dah banyak terjadi

Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa


Selamat Hari Jadi Ckien!

Happy Birthday  to you!....

Selamat Hari lahir yang ke -4 tahun buat Nur Asyiqin Durrani binti Abdul Ghani, slah seorang anak PERMATA, PAPn Bukit Peringgit...

"A lot of thing have change
through the year's
but there's something
that'll be the same
it's the special bond we share
that keeps us close
no matter where we are!
wishing you a very 
HAPPY BIRTHDAY
with lots of love!!!!"





Khamis, 7 Oktober 2010

Raya PERMATA di Kampung Morten


Selamat hari Raya Aidilfitri
"Ketika fajar Syawal menjelma
Sang pengembara masih di sini
Berdiri mencari diri
Jauh dari tanah air sendiri
Keluarga yang disayangi
Sahabat yang sejati
hanya ucapan pengganti diri
Maaf zahir dan batin"


Tahun ini PERMATA, Bukit Peringgit telah diraikan pada satu Majlis Hari Raya di Kampung Morten oleh Wanita UMNO Kampung Morten.Majlis yang diadakan pada 24 September 2010, bermula pukul 8.30 malam didahului dengan ucapan "Selamat Datang" Penghulu Kampung Morten dan Ketua Wanita UMNO kampung tersebut.

Ucapan terima kasih dan penghargaan  dari pihak PERMATA yang disampaikan oleh Ketua Pendidik menyatakan rasa bertuahnya mendapat sokongan dan diraikan dalam majlis tersebut dan buat julung-julung kalinya Jamuan Hari Raya PERMATa diadakan di luar.

Sepanjang majlis berlangsung, para tetamu dihiburkan dengan kugiran yang menyanyikan lagu-lagu Hari Raya sebagai halwa telinga.Ketua Wanita UMNO Kg. Morten turut memeriahkan suasana Majlis Hari Raya dengan menyanyikan sebuah lagu lama di atas permintaan ramai.

Majlis juga diwarnai dengan "LUCKY DRAW"... Yang bestnya semua Staff PERMATA dapat hamper besar!!!!!!!!!!!!...


Ucapan Dari Ketua Wanita UMNO, Kg Morten

Teacher Miza memberikan ucapan sebagai wakil PERMATA





















Selasa, 24 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa di Hotel Permaisuri, Krubong

Persatuan Ibubapa dan Pendidik PAPN Bukit Peringgit telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Permaisuri, Krubong pada hari puasa yang ke-3 lalu.



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua  teman-teman dan rakan-rakan yang mengenali kami samada melalui perjumpaan secara fizikal maupun yang virtual. Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan dapat menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah serta dapat mendekatkan lagi diri kita kepadanya.

MERDEKA!

Bulan Ogos datang lagi!!!!
 Bulan Kemerdekaan!!!!!!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!!!!.....
53 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah anak-anakku
Carilah erti kemerdekaan..

Maka menjadi tanggungjawab kami pendidik PERMATA bersam dengan ibubapa anak-anak PERMATA untuk menyemai rasa cinta anak-anak terhadap tanah air tercinta...'MALAYSIA'.... Jesteru kami telah sebulat suara bersetuju menghias dan menggantungkan pelbagai saiz bendera di sekeliling PERMATA Bukit Peringgit sebagai  tanda kami semua meraikan dan menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi hingga kini.

 
Ibubapa bersemangat menghias PERMATA!!!!     




Hias!... jangan tak hias!
Para ibu mengecat cawan untuk dibuat 'wording' MERDEKA manakala para bapa sibuk menggantung kincir angin 'MERDEKA'! 












 Gantung! Jangan tak gantung.....

 

 Cantik tak PERMATA kami?....